Fadhil Rushdan No Comments

9 Tempat Menarik di Seoul, Korea

Entri kali ini kami bawakan 9 Tempat Menarik di Seoul, Korea untuk rujukan percutian anda.

Dengar sahaja perkataan Seoul, pasti peminat drama Korea akan berhenti dari sebarang aktiviti yang sedang mereka lakukan. Drama Korea, musik K-pop dan Running Man merupakan antara siaran hiburan Korea yang sangat terkenal di Malaysia.

Hiburan Korea mempunyai peminatnya yang tersendiri samada mereka yang minat dengan musik ataupun drama. Selain dari itu, Korea juga mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Tarikan alam semulajadi, lokasi bersejarah, street art, perkampungan dengan identitinya yang tersendiri, gerai makanan yang enak, taman tema, muzium interaktif dan banyak lagi tarikan unik lain yang boleh dikunjungi di sini.

Tempat Menarik di Seoul

1. Gyeongbokgung Palace

Apabila melancong ke sesebuah negara, mesti ada yang anda ingin pelajari mengenai tersebut bukan?  Sebelum anda ingin berjalan-jalan ke tempat yang menarik di Korea, kami cadangkan supaya anda mulakan lawatan dengan berkunjung ke Gyeongbokgung Palace.

Gyeongbokgung Palace merupakan istana utama di Korea. Anda bakal menyingkap sejarah kegemilangan Dinasti Joseon Korea.

  • Istana ini kaya dengan senibina Tradisional Korea.
  • Merupakan tempat yang menarik dan antara yang tercantik di Seoul.
  • Senibina istana ini masih dikekalkan dan dijaga hingga ke hari ini.
  • Jika anda berjalan hingga ke pintu belakang Gyeongbokgung, anda akan sampai ke Korean Blue House iaitu kediaman dan pejabat rasmi Presiden Korea Selatan. 

2. Changdeokgung Palace

  • Merupakan salah satu daripada tempat tinggal bagi keluarga diraja Korea.
  • Untuk menerokai seluruh kawasan istana ini, anda memerlukan sekurang-kurangnya 2 jam.
  • Kawasan luar istana ini mempunyai taman yang cukup menyenangkan mata yang memandang.
  • Terdapat beberapa buah kolam teratai dan dikelilingi dengan pokok-pokok yang penuh warna-warni terutama pada musim luruh.

Suasana di taman ini kelihatan sungguh magikal dan cantik. Cuba anda pejamkan mata dan bayangkan anda seolah-olah sedang berjalan dengan keluarga diraja. Menarik bukan?

3. Lotte World

Lokasi Taman Tema merupakan antara tempat yang wajib dikunjungi sekiranya anda pergi melancong dengan membawa anak-anak bersama. Jadinya, untuk destinasi ketiga bagi senarai tempat menarik di Seoul adalah berkunjung di ke Lotte World.

  • Perjalanan ke Lotte World mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan jika anda menggunakan bas dari Bandar Seoul.
  • Merupakan salah satu tarikan utama dan tempat yang sangat menarik  di Seoul.
  • Taman tema yang terbesar di Korea Selatan.
  • Lotte World merupakan indoor theme park terbesar di dunia.

Taman tema ini berjaya menarik ramai pelancong untuk datang ke sini. Terletak di Jamsil, taman ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Lotte World Adventure, Water Park dan Aquarium. Setiap bahagian akan dikenakan bayaran masuk yang berlainan. Terdapat pelbagai jenis permainan yang boleh dicuba untuk menguji tahap adrenaline anda.

4. Everland Theme Park

  • Mempunyai aktiviti pertunjukkan pada setiap hari.
  • Everland menyediakan taman permainan yang lebih menjurus kepada aktiviti luar.
  • Terbahagi kepada 5 bahagian:
  1. Global Fair
  2. American Adventure
  3. Magic Land
  4. European Adventure 
  5. Zootopia.

Everland Theme Park ini akan memukau sesiapa sahaja yang datang ke sini. Pastikan anda membawa kamera bersama anda.

5. Nami Island

Tahukah anda? Nami Island merupakan lokasi tarikan utama para pelancong yang berkunjung ke Korea

  • Kemashuran pulau ini melalui drama Winter Sonata menjadikannya lokasi pilihan pelancong untuk melawat tempat menarik di Seoul.
  • Pulau Nami terletak di tengah Sungai Han.
  • Pemandangan sekitar pulau yang cantik dan pepohonnya yang rimbun menjadikan pulau ini sebagai salah satu tarikan utama.
  • Suasana pulau ini akan sentiasa menarik tidak kira pada musim bila sekalipun anda datang berkunjung.

Anda juga boleh menaiki bot ke Pulau Nami sambil menikmati pemandangan yang indah.

7. Seoul Central Mosque

Masjid ini yang terletak di kawasan Itaewon.

  • Menjadikan tarikan pelancong untuk pelancong yang beragama islam
  • Pejabat Korea Muslim Federation terletak di aras satu,
  • Di aras 2 adalah tempat solat bagi lelaki dan di aras tiga adalah tempat solat bagi wanita.
  • Kawasan sekitarnya terdapat restoran yang menyediakan makanan halal.

8. SM Town at Coek Artiu

Tempat ini tidak asing lagi bagi peminat k-pop khasnya kerana S.M. Entertainment merupakan salah satu daripada syarikat hiburan gergasi di Korea Selatan.

  • Terdiri daripada SMTown Studio. Merupakan ruang maya yang menawarkan pengunjung merasai pengalaman sebenar sebagai artis di S.M. Entertainment.
  • SMTown Sume Cafe. Kedai menjual barangan cenderahati dari artis-artis S.M Entertainment.
  • SMTown Theatre. Mempunyai skrin besar untuk pengunjung merasai keadaan ketika persembahan konsert secara langsung diadakan.

9. Namdaemun Market

Merupakan pusat perniagaan tradisional terbesar di Korea.

  • Wajib dikunjungi oleh mereka yang gemar membeli barangan yang unik pada harga yang murah.
  • Terletak berdekatan dengan pusat bandar Seoul.
  • Menjual pelbagai jenis barang seperti makanan, pakaian, aksesori wanita hinggalah ke peralatan dapur.
  • Terkenal dengan brooch yang berkualiti tinggi.
Tempat Menarik di Seoul
Tempat Menarik di Seoul

*Jom jalan-jalan ke Korea bersama Nuzha Travel >

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *