Fadhil Rushdan No Comments

Anda Mencari Pakej Pelancongan ke Melbourne 6H4M?

Pelbagai tempat menarik yang boleh anda lawati di Melbourne, Australia. Entri kali ini kami bawakan 15 tempat wajib diterokai jika pakej pelancongan ke Melbourne menjadi tempat lawatan anda pada musim cuti sekolah ini!

Itinerari Pakej Pelancongan ke Melbourne

Pakej Pelancongan ke Melbourne

Hari Pertama – Lawatan di Sekitar Bandar Melbourne

Untuk lawatan pembukaan bagi pakej pelancongan ke Melbourne, sesi berjalan-jalan di sekitar bandar Melbourne adalah pilihan yang tepat. Ini boleh dijadikan sebagai sesi lawatan pengenalan kepada pengunjung tentang bandar yang bakal dilawati. Antara pilihannya adalah :

Melbourne Museum

  • Sejarah kewujudan dan pembangunan Australia.
  • Pameran spesies-spesies haiwan di dunia.
  • Pameran sains dan teknologi
  • Harga tiket :

Pakej Pelancongan ke Melbourne

Yarra River Cruise

  • Mengharungi sepanjang sungai yarra yang terletak di tengah-tengah bandar Melbourne.
  • Cruise terbahagi kepada 4 jenis ;

Pakej Pelancongan ke Melbourne

Royal Botanical Garden

  • Merupakan antara hutan simpan terbesar di melbourne.
  • Terdiri daripada tumbuhan yang telah berusia beribu tahun.
  • Mempunyai landskap flora yang sangat menarik

Direct Factory Outlet (DFO)

  • Kompleks membeli- belah dengan harga yang berpatutan.
  • Pinggan corelle yang sangat terkenal di australia.

*Kebiasaannya lawatan bagi pakej pelancongan ke Melbourne akan selesai pada waktu malam bergantung kepada keadaan dan masa perjalanan.

Hari Kedua – Lawatan di Phillip Island

Maru Koala & Animal Park

Pakej Pelancongan ke Melbourne

Lawatan sepenuh hari di Phillip Island dimulakan dengan mengharungi perjalanan sejauh 145 kilometer  yang akan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Persinggahan pertama di Phillip Island adalah melawat Maru Koala & Animal Park.

  • Tempat ini merupakan sebuah pusat pemeliharaan haiwan seperti kanggaru, koala, burung unta dan lain-lain.
  • Ambil kesempatan untuk bermesra dengan haiwan-haiwan di sini terutamanya kanggaru dan koala yang sememangnya sinonim dengan benua Australia.
  • Anda juga boleh membeli tiket tambahan untuk bergambar dan membelai secara dekat dengan haiwan koala ini.

Churchill Island Heritage Farm

Lawatan pakej pelancongan ke Melbourne diteruskan dengan melawat ke sebuah pulau yang diberi nama Churchill Island Heritage Farm .

  • Menempatkan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan tarikan utamanya adalah aktiviti mengembala kambing biri-biri.
  • Antara aktiviti yang ditawarkan di sini adalah melihat sendiri proses mendapatkan bulu biri-biri, melatih anjing buruan, dan bersiar siar di sekeliling pulau dengan menaiki kereta kuda.

Phillip Island Chocholate Factory

Selesai aktivi di Churchill Heritage Island, destinasi seterusnya jika anda menginginkan pakej pelancongan ke Melbourne adalah Phillip Island Chocolate Factory.

  • Lihat dan rasai sendiri pengalaman memproses coklat dari peringkat awal hingga ke pembungkusan.
  • Kilang ini juga terdapat sebuah restoran halal yang menyediakan menu seperti Nasi Beriyani ,  ayam panggang dan pelbagai lagi. Ini memudahkan sesi pencarian makanan halal di sekitar Phillip Island.
Tahukah Anda? 

Bagi mendapatkan menu makanan halal di Melbourne terutamanya di kawasan luar bandar sememangnya agak sukar. Situasi ini sebaliknya jika berada di kawasan bandar. Makanan halal yang menepati selera Melayu sangat mudah untuk didapati dengan harga dan kuantiti yang sangat berbaloi. Jadi jika anda membuat keputusan untuk mengikuti pakej pelancongan ke Melbourne, pakej ini turut membawa anda berjalan ke luar kawasan bandar. Jadi pastikan anda membawa bekalan makanan alas perut seperti roti, coklat, atau buah-buahan.

Koala Conservation Centre

Lawatan di Phillip Island diteruskan dengan melawat Koala Conservation Centre.

  • Merupakan antara pusat pemeliharaan yang terbesar di Australia terutamanya bagi usaha memelihara haiwan koala.
  • Pusat ini juga mempunyai haiwan lain yang hidup meliar dan tinggal secara semula jadi seperti walabi dan kelawar.
  • Hasil lawatan ke pusat ini, anda akan dapat mengenali spesies haiwan koala dengan lebih mendalam lagi.

Nobbie Centre

Sebelum ke lawatan terakhir bagi pakej pelancongan ke Melbourne, anda akan dibawa singgah menikmati pemandangan laut yang seluas mata memandang di Nobbie Centre.

  • Kawasan ini menyediakan anjung tinjau yang melingkar di kawasan tebing pantai.
  • Tiupan angin deras lautan pasti akan membuatkan anda seolah-olah berada di awang-awangan.

Bunyinya seakan sangat mengagumkan bukan? Ya, anda betul.

Penguin Parade

Destinasi terakhir untuk pakej pelancongan ke Melbourne bagi lawatan di Phillip Island adalah menyaksikan perarakan burung penguin pulang ke persisiran pantai di Penguin Parade.

  • Lihat sendiri haiwan ini pulang secara berkumpulan ke tempat tinggal masing-masing setelah seharian berada di lautan untuk mencari makanan.
  • Haiwan ini dijaga dengan dengan sangat berhati-hati oleh pihak organisasi sehinggakan para pengunjung dinasihati supaya tidak mengambil walau sekeping gambar pun dan tidak dibenarkan sesekali untuk memegang haiwan ini.

Ini akan menjadi antara pengalaman yang menarik dalam sejarah hidup anda.

Hari Ketiga – Lawatan di Sekitar Bandar Melbourne

Queen Victoria Market

Permulaan hari ketiga untuk lawatan pakej pelancongan ke melbourne dimulakan dengan berkunjung ke Queen Victoria Market.

  • Terletak di tengah-tengah kawasan bandaraya Melbourne, Queen Victoria Market merupakan antara destinasi ‘wajib singgah’ bagi pengunjung yang ingin ke Melbourne.
  • Memiliki keunikkan senibina bangunannya yang tersendiri.
  • Menyediakan pelbagai jenis cenderahati dan buah-buahan tempatan yang segar dengan harga yang berpatutan.

Selesai kunjungan di Queen Victoria Market, perjalanan akan diteruskan ke destinasi pantai yang terkenal di Melbourne iaitu Brighton Bathing Boxes Beach.

Brighton Bathing Boxes Beach

Pantai Brighton merupakan pantai tumpuan di Melbourne yang sesuai untuk mereka yang gemar akan aktiviti sukan air. Jika tidak berhajat untuk melakukan aktiviti air, anda boleh bersiar-siar  di sepanjang pantai ini.

  • Terdapat rumah-rumah kecil milik persendirian yang dicat dengan jalur bendera daripada pelbagai negara. Ini membuatkan pemandangan di persisiran pantai kelihatan sangat menarik.
  • Sesuai untuk aktiviti bergambar bersama keluarga.

Princes Pier

Princes Pier atau Jeti Putera-Putera pada suatu masa dahulu digunakan sebagai jeti pendaratan untuk ke Melbourne.

  • Nama Princes Pier ini diambil bersempena kedatangan putera-putera raja British yang melawat Bandar Melbourne.
  • Stuktur binaan pelabuhan ini telah diperkemas supaya sesuai untuk dijadikan antara tempat persinggahan yang epik kerana pengunjung akan masih dapat melihat sturuktur binaan lama berupa pasak-pasak kayu yang masih berdiri teguh sehingga kini.

Melbourne Star Observation Wheel

Lawatan hari ketiga bagi pakej pelancongan ke Melbourne akan diakhiri dengan berkunjung ke Melbourne Star Observation Wheel.

  • Panorama seluruh Bandar Melbourne dari tempat yang tinggi pasti membuatkan anda terpaku seketika melihat kecantikan bandar ini lebih-lebih lagi pada waktu malam.
  • Pengunjung akan berada dalam kapsul ini selama lebih 30 minit dengan bayaran sebanyak RM90.

Hari Keempat – Lawatan ke Luar Bandar

Aktiviti lawatan pada hari ke-4 akan sepenuhnya berada di Great Ocean Road.

Great Ocean Road

Perjalanan sejauh lebih 200 kilometer ini akan membawa pengunjung ke kawasan persisiran pantai yang terdiri daripada beberapa tempat persinggahan. Tempat-tempat ini pasti akan memukau setiap mata yang memandang.

  • Antara tempat persinggahan yang boleh dikunjungi adalah :

Bella Beach | Aireys Inlet | Great Otway National Park | Apollo Bay | The Twelve Apostles | Loch Arch | Loch Ard Gorge

Selain berkunjung ke Great Ocean Road, pengunjung juga boleh memilih untuk melawat ke Puffing Billy Steam Train atau memilih untuk melakukan aktiviti memetik buah-buahan di Rayners Orchard. Tempat ini sesuai bagi mereka yang lebih cenderung untuk memilih destinasi yang lebih dekat dengan bandar Melbourne. Perjalanan ke kedua-dua tempat ini dari bandar Melbourne akan mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Tahukah Anda? 

Puffing Billy Steam Train pada asalnya merupakan landasan dan stesen keretapi untuk mengangkut barangan dan kini telah diubahsuai menjadi keretapi penumpang. Pelanggan yang mengikuti pakej pelancongan ke Melbourne akan dapat merasai sendiri pengalaman menaiki keretapi wap di Puffing Billy Steam Train sambil menyaksikan keindahan alam semulajadi.

Hari Kelima

Aktiviti bebas dan pulang ke tanah air tercinta, Malaysia.

Slot Tips & Tricks Tambahan

  • Kemudahan Surau / Masjid hanya terdapat di kawasan bandar sahaja.
  • Bagi peminat Nutella, anda boleh mendapatkan barangan ini di pasaraya sekitar Melbourne dengan tawaran harga yang sangat murah dengan kuantiti yang banyak.
  • Hati-hati apabila memandu di dalam kawasan bandar Melbourne kerana trafik di jalanraya Bandar Melbourne turut dikongsi oleh tram keretapi. Jadi peraturan jalanraya berbeza dengan di negara kita terutamanya semasa mengambil simpang ke kanan atau ke kiri.
  • Bagi peminat minyak wangi berjenama, Chemist Warehouse sering menawarkan harga yang lebih murah berbanding harga minyak wangi berjenama yang sama jika di beli di Malaysia.
  • Tandas di Australia menggunakan sepenuhnya tisu tandas tanpa paip air bagi tujuan beristinjak. Jadi bagi mereka yang tidak biasa menggunakan tisu, anda perlu menyediakan botol bagi memudahkan proses beristinjak.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Pakej Pelancongan ke Melbourne, KLIK INI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *