sharifa sherrida No Comments

20 Tempat Wajib Singgah di Yogyakarta

Dah rancang tempat nak melawat semasa di Yogyakarta? Kalau belum, jom kita lihat 20 tempat wajib singgah di Yogyakarta yang anda boleh lawati!

Yogyakarta atau “Jogja” merupakan bandar yang terletak di Pulau Jawa, Indonesia. Apa yang menarik di Jogja ya? Kalau nak tahu, jom baca fakta tempat menarik tentang Yogyakarta.

1. Hutan Pinus

Hutan Pinus merupakan salah satu tempat bergambar yang popular di Jogjakarta. Di Jogyakarta terdapat banyak hutan pinus, salah satu yang paling popular adalah Hutan Pinus Mangunan, Imogiri, Bantul. Terdapat ramai pengunjung datang ke Hutan Pinus ini untuk melihat keindahan pokok-pokok pinus yang tumbuh di hutan ini. Anda boleh terokai hutan pinus sambil bergambar di sekeliling pokok.

2. Puncak Becici

Puncak Becici adalah antara 20 tempat wajib singgah di Yogyakarta. Terkenal dengan pemandangannya yang sangat indah, di sini anda dapat melihat deretan pepohon hijau yang tumbuh tinggi dengan berlatar belakangkan Gunung Merapi dan Gunung Merbabu. Puncak Becici memiliki hutan pinus seluas 4,4 hektar dengan suhu yang sejuk.

3. Pinus Pengger

Di Pinus Pengger merupakan tempat tarikan pelancong yang terkenal untuk bergambar. Dsini ada terbinanya tempat bergambar terbaru iaitu tangan raksasa yang jika pada waktu malam jari tangan raksasa tersebut akan menyala yang membuat keindahan sendiri. Di sini, pengunjung dapat melihat keindahan Hutan Pinus Pengger yang kehijauan dari atas puncak. Waktu malam adalah paling sesuai untuk kesini untuk melihat tangan raksasa tersebut menyala!

4. Jurang Tembelan

Selain di Pinus Pengger, Jurang Tembelan juga menjadi salah satu tempat yang sedang popular di Jogjakarta. Jurang Tembelan menghidangkan pemandangan yang sangat cantik dari atas puncak. Di sini, pengunjung bebas untuk mengambil gambar sambil menikmati matahari terbenam. Pelbagai prop disediakan di atas puncak ini, menjadikan gambar anda nampak lebih menarik.

5. Pindul Cave

Pindul Cave adalah gua yang dibentuk oleh karst dengan sungai bawah tanah yang terletak kira-kira 7 kilometer di selatan pusat bandar Wonosari, Gunung Kidul. Bagi yang meminati aktiviti lasak, anda bolehlah kunjungi Pindul Cave kerana di sini terdapat banyak aktiviti-aktiviti luar yang lasak. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini, termasuklah berkayak, berenang dan boleh terokai dalaman gua.

6. Pantai Timang

Pantai Timang terkenal dengan pantainya yang berombak sangat kuat. Untuk pergi ke Pantai Timang ada 2 pilihan samada menaiki motor atau jeep. Kemudian, untuk melintasi Pantai Timang ini pula, terdapat 2 pilihan iaitu menaiki gondola ataupun melalui jambatan gantung. Sepanjang melintasi pantai tersebut anda akan dapat merasa pukulan ombak yang menakjubkan. Lebih menarik jika anda kunjungi Pantai Timang pada waktu petang dan dapat melihat matahari terbenam.

7. Umbul Ponggok

Umbul Ponggok memiliki alam semulajadi yang mengasyikkan dan satu-satunya tempat yang boleh melakukan snorkeling. Pengunjung dapat melihat berbagai jenis ikan yang berenang di dalam kolam Umbul Ponggok. Dengan adanya ikan-ikan ini menjadikan salah satu daya tarikan tersendiri yang membuatkan ramai pengunjung ingin mengunjungi Umbul Ponggok. Selain itu, uniknya di sini di dalam kolam Umbul Ponggok telah disediakan beberapa prop untuk bergambar seperti kerusi, motorsikal dan macam-macam lagi anda boleh terokai di dalam air.

8. Gunung Merapi

Gunung Merapi merupakan salah satu tempat tarikan pelancong yang terkenal apabila datang ke Jogjakarta. Gunung Merapi telah meletus pada tahun 2006 dan sekali lagi pada tahun 2010 dan merupakan gunung yang masih aktif. Bagi pelancong yang sukakan cabaran, anda boleh mendaki gunung ini hingga ke larva. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar berlatar belakangkan Gunung Merapi yang sangat indah ini.

9. Taman Bunga Matahari

Taman bunga matahari merupakan tempat baru yang menjadi tarikan pelancong. Terdapat banyak bunga matahari yang ditanam di taman ini dan kelihatan sangat cantik dan segar. Di sini, para pengunjung berpeluang untuk lihat dan bergambar dengan bunga matahari tapi ingat dilarang untuk memetiknya.

10. Borobudur

Borobudur merupakan candi Buddha yang terbesar di dunia. Candi ini terletak di sebuah bukit dan pemandangan di sini sangat memukau. Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Seni bina Candi Borobudur juga begitu unik terutama di bahagian puncak candi yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang. Sangat rugi jika anda datang ke Jogjakarta tapi tidak singgah di Candi Borobudur. Waktu terbaik untuk ke sini adalah pada waktu pagi ketika matahari mula terbit, kita akan dapat lihat keemasan sinar mentari yang muncul.

11. Kalibiru

Kalibiru Jogjakarta merupakan tempat pelancongan yang terkenal. Ia terletak di dalam suatu desa dan dikelilingi hutan. Disini telah disediakan tempat untuk bergambar yang menghadap ke arah pergunungan dan dapat melihat kehijauan hutan dan kebiruan awan dari atas. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti outdoor di Taman Nasional Kalibiru dilengkapi pemandangan yang menakjubkan dari puncak gunung.

12. Pule Payung

Pule Payung juga merupakan tempat pelancongan yang terkenal seperti di Kalibiru. Yang menarik di sini, terdapat banyak tempat untuk bergambar yang disediakan dan di sini disajikan panorama biru yang mempesonakan dilihat dari atas dan kehijauan alam semulajadi. Lokasi Pule Payung ini tidak jauh dari Kalibiru. Jadi jika anda pergi ke Kali Biru jangan lupa juga untuk turut singgah ke Pule Payung.

13. Malioboro Street

Malioboro Street berdekatan dengan Taman Sari dan mengambil masa hanya 15 minit sahaja untuk sampai. Malioboro Street merupakan 24jam pusat membeli belah. Pastikan anda membawa duit lebih untuk memborong cenderahati yang murah di sini. Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk merasa pelbagai jenis makanan tempatan bagi orang Indonesia yang sangat unik.

14. Kilang Bakpia

Kilang Bakpia merupakan tempat pembuatan kuih bakpia iaitu kuih tradisional Jogja. Kalau ke Jogja jangan lupa merasa kuih bakpia ini. Terdapat pelbagai jenis perisa, ada perisa asli, filling cheese, coklat, nenas dan macam-macam lagi. Selain itu, di kilang ini juga dijual pelbagai jenis makanan seperti kerepek, pisang crispy dan kekacang.

15. Taman Sari

Taman Sari atau juga dikenali water castle. Perjalanan bermula dari pintu masuk (timur) dipanggil Gapuro Panggung. Disini terdapat banyak grafiti yang sangat cantik di dinding untuk anda ambil gambar kenang-kenangan. Taman Sari ini merupakan taman milik Sultan Jogjakarta dan seni bina Taman Sari ini sangat cantik dan klasik. Elakkan pergi pada hari minggu kerana terlalu ramai pengunjung ke sini.

16. Gumuk Pasir

Di Gumuk Pasir ini anda boleh bergambar di hamparan pasir putih yang sangat bersih. Selain itu, sini juga ada disediakan tempat dan props untuk bergambar seperti love dan buaian. Jika anda datang ke sini jangan lepaskan peluang untuk cuba sand-boarding atau meluncur pasir dengan papan yang disediakan. Anda akan terasa seperti di Padang pasir di Mesir! Dinasihatkan untuk pakai selipar apabila datang ke sini kerana pasirnya yang berdebu.

17. Parangtritis Beach

Parangtritis Beach merupakan pantai paling popular di Jogjakarta dan juga dalam kalangan pelancong yang melawat ke Jogjakarta. Parangtritis Beach hanya berjarak 27 km dari pusat Kota Jogja dan terkenal dengan pemandangan matahari terbenam yang romantik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah menunggang kereta kuda di sepanjang Pantai Parangtritis  pada sebelah petang dan akan menjadi kenangan paling manis dengan suasana yang romantik.

18. De Mata Trick Eye Museum

Merupakan tempat tarikan pelancong yang baru dan unik kerana muzium ini merupakan satu-satunya yang pertama di Jogyakarta bahkan di Jawa Tengah. Di De Mata Trick Eye Museum, pengunjung dapat merasakan sensasi tiga dimensi dengan berbagai pose dan latar belakang yang mengagumkan seperti di alam nyata. De Mata Trick Eye Museum merupakan yang terbesar di dunia karena di XT Square Jogyakarta terdapat 120 gambar tiga dimensi.

19. Rumah Hobbit

Jika anda kunjungi Jogjakarta, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke rumah hobbit. Rumah Hobbit ini merupakan rumah hobbit yang pertama dibangunkan di Jogjakarta Terdapat ramai pengunjung datang ke sini untuk bergambar kerana reka bentuk rumah hobbit yang unik dan menarik. Jangan ingat di New Zealand sahaja ada rumah hobbit, di Jogjakarta juga ada!

20. Gereja Ayam

Gereja ayam atau lebih dikenali sebagai Bukit Rhema. Gereja ayam merupakan salah satu agenda sesebuah filem. Dinamakan gereja ayam kerana reka bentuknya yang menyerupai haiwan darat tersebut. Gereja ini bukanlah gereja semata tapi adalah sebuah tempat untuk berdoa kepada semua agama.

*Jom jalan-jalan ke Yogyakarta bersama Nuzha Travel & Tours >

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *