nor zahira 2 Comments

20 Tempat Menarik di Sydney

Anda Merancang Percutian Anda Untuk ke Sydney Semasa Cuti Sekolah? Pastikan 20 Tempat Menarik di Sydney Ini Merupakan Destinasi Wajib Anda di Sana.

1. Taronga Zoo

Taronga zoo adalah antara 20 tempat menarik di Sydney yang wajib anda lawati. Tempat ini sesuai  untuk membawa keluarga untuk melihat keunikkan haiwanhaiwan di dalam zoo ini. Zoo ini mempunyai 4 ribu haiwan yang terdiri dari 350 spesis. Untuk pengetahuan anda, Taronga Zoo lebih mudah diakses menaiki feri dari Darling Harbour dan Circular Quay ke Wharf Ferry Taronga.

20 tempat menarik di Sydney
Imej credit : mrandmrsromance.com

2. Sydney Opera House

Sydney Opera House menjadi kebanggaan Australia dan Sydney, ia mercu kemodenan dan kecantikkan seni bina yang unik. Bangunan ini menjadi tempat wajib pelancong untuk menyaksikan pelbagai karnival dan event di Sydney. Rugi jika  anda tidak jadikan tempat ini sebagai 20 tempat menarik di Sydney  apabila berkunjung ke bumi Australia.

20 tempat menarik di Sydney
Imej credit : www.constructionglobal.com

3. Harbour Bridge

Harbour Bridge dahulu pernah menjadi jambatan keluli bergerbang terbesar di dunia. Ia dibina pada tahun 1926 dan mengambil masa selama 8 tahun untuk di siapkan. Panjang jambatan ini ialah 1149 meter dan terletak 134 meter dari aras laut. Selain kenderaan seperti kereta, bas dan lori, jambatan ini juga boleh dilalui oleh keretapi, basikal, dan pejalan kaki.  Jambatan ini terkenal kerana ia mewujudkan suasana yang dramatik, lebih-lebih lagi apabila ia digabungkan dengan Sydney Opera House, yang menjadi ikon utama bumi Australia ini. Cahaya lampu yang berwarna-warni dan pantulan cahaya-cahaya tersebut di permukaan air memberikan landskap yang sangat mengagumkan.

20 tempat menarik di sydney
Imej credit : Experience Sydney Australia

4.Sydney Tower

Sydney Tower terletak berhampiran dengan Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge. Ia merupakan bangunan ikonik di Sydney. Dengan ketinggian 305 meter, Sydney Tower merupakan menara tertinggi dan terletak di tengah-tengah  Central Business District (CBD). Dari dek pemerhati, pengunjung akan dapat melihat seluruh Bandar Sydney. Pada waktu malam, pemandangannya lebih memukau dengan kerlipan lampu yang menghiasi seluruh bandar. Harga tiket masuk ke dek pemerhati ialah AUD26.50 seorang untuk dewasa.

20 tempat menarik du sydney
Imej credit : istockphoto.com

5. Featherdale Wildlife Park

Pengunjung akan melihat haiwan ikonik Sydney seperti koala, kanggaru, wombat dan pelbagai lagi haiwan liar di Fearherdale  Wildlife Park. Jadikan Fearherdale  Wildlife Park antara 20 tempat menarik di Sydney yang anda wajib singgah  untuk musim cuti anda.

Imej credit : mylittleadventure.com

6. Cockatoo Island

Cockatoo Island telah diwartakan sebagai Unesco World Heritage yang bertempat di antara sungai Parramatta dan Lane Cove di Sydney Harbour, New South Wales Australia. Anda boleh berjalan-jalan sambil menikmati panorama yang indah di sekitar pulau. Jangan risau, tiada bayaran masuk di kenakan untuk ke Cockatoo Island.

20 tempat menarik di sydney
Imej credit : www.timeout.com

7. Paddy Market

Paddy Market adalah tempat mencari ole–ole atau hadiah yang dijual bermula dari baju, aksesori, permainan, keychain dan pelbagai lagi pilihan yang menarik untuk di bawa balik ke tanah air. Ia merupakan Flea Market terbesar di Sydney. Ia mempunyai 2 lokasi berbeza dan di buka pada hari yang berbeza. Paddy Market yang terkenal terletak di kawasan sekitar Chinatown yang mana di buka pada hari Rabu hingga Ahad sahaja. Jangan lupa jadikan Paddy Market antara 20 tempat menarik di Sydney sebagai destinasi membeli-belah anda. 

20 tempat menarik di Sydney
Imej credit : yourbudgettrip.com

8. Blue Mountain

Blue Mountain adalah antara 20 tempat menarik di Sydney yang mesti anda lawati. Pengunjung dapat meneroka keindahan alam yang di pelihara dengan baik serta gunung-ganang yang cantik di Blue Mountain. Selain itu, pengunjung berpeluang menikmati view Three Sister di Echo Lookout Point dengan menaiki kereta kabel yang berlantaikan kaca untuk ke Scenic World. Wah menarik bukan tempat ini!

Imej credit : www.viator.com

9.Bondi Beach

Antara pantai yang amat terkenal di Sydney ialah Bondi Beach. Ia terletak 7 kilometer dari pusat bandar Sydney dan mempunyai persisiran sepanjang 1 kilometer. Pemandangan di sekitar pantai ini juga amat menarik  dan pelbagai aktiviti  dilakukan di sini. Bagi mereka yang meminati sukan air seperti surfing,  Bondi Beach menjanjikan kepuasan memandangkan ombak yang terbentuk di sini agak mencabar bagi kemahiran surfing.

Imej credit : lonelyplanet.com

10. Manly Beach

Manly Beach merupakan destinasi yang menarik dan perlu di lawati. Untuk ke sini, pelawat perlu menaiki feri dari Circular Quay yang mengambil masa kira0kira 30 minit. Manly Beach mempunyai pantai yang amat menarik dan terdapat pelbagai aktiviti yang boleh di lakukan seperti ber snorkeling, berkayak, berbasikal dan melawati tempat-tempat tarikan pengunjung seperti Barrenjoey Lighthouse, Narrabeen Lakes dan lain-lain lagi.

20 tempat menarik di sydney
Imej credit : pinterest.com

11. Royal Botanic Garden

Pengunjung berpeluang untuk melihat tumbuh-tumbuhan unik yang terdapat di Australia apabila pergi ke Royal Botanic Garden. Taman seluas 30 hektar ini mempamerkan spesies tumbuhan yang sukar untuk di temui di tempat lain iaitu pokok Wollemi Pine ataupun digelar dengan nama the ‘Dinosaur Tree’. 

20 tempat menarik di sydney
Imej credit : beautifulglobal.com

12. The Rocks

Bagi yang menyukai sejarah, The Rocks merupakan pilihan yang tepat dan ia sebahagian daripada sejarah Sydney. Ia terletak 5 minit dari Circular Quay dan terletak di hadapan Opera House. Di sini terdapat banyak banyak bangunan dengan senibina Eropah yang lengkap dengan jalan raya berbatu-batu. Anda juga boleh meluangkan masa di Justice and Polce Museum di mana anda boleh menelesuri sejarah lampau Sydney semasa kedatangan penjajah British. Selain kaya dengan sejarah, di sini juga terdapat banyak butik eklusif dan galeri seni. 

20 tempat menarik di Sydney
Imej credit : rockswalkingtours.com.au

13. Luna Park

Taman tema ini  boleh anda kunjungi untuk berseronok selepas puas berjalan-jalan. Taman tema ini menyediakan permainan yang sesuai untuk anda seisi keluarga. Di antara permainan yang popular di sini adalah Tumble Bug, Joy Wheel, Wild Mouse, Rotor, Carousel, Mystery Manor, Hair Raiser, MIrror Maze, Dodgem, City dan pelbagai lagi permainan yang menarik dan adventure. Jangan lupa masukkan Luna Park ke dalam list destination anda  antara 20 tempat menarik di Sydney  ya!

20 tempat menarik di Sydney
Imej credit : www.yelp.com.au

14. Art Gallery Of New South Wales

Galeri seni ini terletak di sebelah Royal Botanic Garden. Di galeri seni ini mempamerkan karya seni kontemporari oleh beberapa european masters dan juga seniman-seniman dari Asia. Di sini juga terdapat koleksi seni orang asli terbesar di Australia. Masuk adalah percuma, namun anda perlu membayar untuk masuk ke pameran istimewa.

20 tempat menarik di Sydney
imej credit : www.yelp.com.au

15. Sydney The Gap Park

The Gap Park adalah tebing pasir yang boleh anda lawati untuk melihat pemandangan laut Sydney Harbour. Menurut sejarah, pada tahun 1857 berlaku satu kejadian menakjubkan di mana terdapat seorang pemuda yang terselamat setelah memegang tebing berbatu selama 36 jam. Untuk tahu sejarah di sebalik kejadian anda boleh berkunjung ke sini  sambil  menikmati pemandangan di tebing pasir yang menarik.

Imej credit : secretspors.blogspot.com

16. Sydney Aquarium

Sydney Aquarium yang terdapat di Darling Harbour. Pusat akuarium ini mempamerkan lebih daripada 12,000 haiwan akuatik daripada 650 spesies. Selain daripada hidupan laut yang dipamerkan di dalam akuarium , terdapat juga sungai yang dipenuhi dengan ikan, rumah platipus dan kod Murray. anda juga boleh meyaksikan penguin, ikan laut , jerung dan ikan pari apabila berkunjung ke sini.

20 tempat menarik di Sydney
Imej credit : myfastferry.com.au

17. Powerhouse Museum

Muzium Powerhouse ini juga dikenali sebagai  Museum of Applied Arts & Science  yang menempatkan koleki seni dan sains. Tempat ini sangat sesuai dijadikan antara 20 tempat menarik di Sydney lebih-lebih lagi jika membawa anak-anak kecil. Di sini pengunjung boleh mempelajari budaya , sejarah dan cara hidup orang Australia.

20tempat menarik di sydney
Imej credit : timeout.com

18. Darling Harbour

Darling Harbour adalah tempat yang paling sesuai untuk pengunjung bersantai, berehat, berjoging, berbasikal, dan berjalan-jalan mengambil angin sambil melihat pemandangan pelabuhan yang menenangkan perasaan. Jika datang pada waktu malam , pemandangannya adalah lebih memukau . Manakala pemandangan semasa matahari terbenam sangat indah tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Bagi seseorang yang suka mengumpul cenderamata dari kafe Hard Rock juga boleh berkunjung ke sini.

Imej credit : pixabay.com

19. Wild Life Sydney Zoo

Di Wild Life Sydney Zoo, anda akan berjumpa dengan 5 binatang ikonik Australia iaitu Koala, Kanggaru, Buaya, Wombat dan Platipus. Zoo ini dibahagikan kepada 6 zon iaitu :

  • Walking Walk Kangaroo 
  • Devils Den 
  • Tropika Kupu Kupu 
  • Gumtree Valley 
  • Wallaby Cliffs 
  • Nightfall 
20 tempat menarik di sydney
Imej credit : ceetiz.com

20. Surry Hills

Surry Hills merupakan tempat untuk anda bershopping dan bersantai menikmati kopi dan pastri di kafe-kafe yang banyak terdapat di sini. Di sini terdapat banyak butik yang menjual pakaian trend terkini dengan harga yang berpatutan. Dah penat jalan-jalan shopping bajuanda boleh berehat di kafe sambil menikmati kopi yang lazat. Surry Hills  sangat cantik dan menarik. Pastikan tempat ini termasuk  dalam bucketlist anda sebagai 20 tempat menarik di Sydney ya!

20 tempat menarik di sydney
Imej credit : sydney.com

— 2 Comments —

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *