Fatanah Rahman No Comments

20 Tempat Menarik di Hanoi Vietnam

Hanoi merupakan kota yang kaya dengan pelbagai sejarah yang menyimpan banyak tempat-tempat menarik. Jom kita lihat 20 tempat menarik untuk dikunjungi di Hanoi Vietnam.

1. National Museum of Vietnamese History

National Museum of Vietnamese History merupakan antara 20 tempat menarik untuk dilawati di Hanoi. Ia dibina pada tahun 1926 oleh Auguste Delaval. Muzium ini mempamerkan pelbagai koleksi seni purba dari pelbagai negara benua Asia. Terdapat sekitar 30,000 koleksi artifak telah dikumpulkan daripada awal pembentukan Vietnam hinggalah sekarang. 

Imej Credit: vietnam-travel.org

2. Fine Arts Museum

Fine Art Museum telah dibina pada tahun 1930 dan terdapat pelbagai koleksi seni daripada seni kontemporari Vietnam hinggalah klasik. Terdapat dalam sekitar 3,000 hasil seni yang telah dipamerkan. Selain itu,  pengunjung dapat menyelami dengan lebih mendalam tentang negara Vietnam, sejarah dan budayanya. Banyak yang dapat anda fahami setelah melawat Fine Art Museum di Hanoi ini. 

Imej Credit: asemus.museum

3. Vietnamese Museum of Revolution

Bangunan Vietnamese Museum of Revolution memiliki reka bentuk Perancis yang sangat cantik. Dibina pada tahun 1917 oleh penjajah Perancis dan kini muzium ini digunakan untuk mempamerkan pelbagai artifak, dokumentari dan banyak lagi yang berkaitan dengan perjuangan di Vietnam.  Terdapat lebih daripada 40,000 bahan pameran yang dipamerkan di sini. 

Imej Credit: hanoicitybreaks.com

4. Vietnamese Women’s Museum

Vietnamese Women’s Museum adalah sebuah muzium yang mengangkat martabat wanita di Vietnam. Di sini anda dapat melihat pameran berkaitan peranan wanita dalam masyarakat, peperangan di vietnam dan banyak lagi. Antara pameran lain yang terdapat di sini adalah koleksi-koleksi poster propaganda, kostum, bakul tradisional, fabrik dengan motif daripada etnik-etnik yang berbeza di Vietnam. 

Imej Credit: daytourshanoi.com

5. Ho Chi Minh Mausoleum

Ho Chi Minh Mausoleum adalah antara 20 tempat menarik yang wajib anda kunjungi di Hanoi. Muzium ini telah didirikan oleh bangsa Perancis pada tahun 1962. Di sini, pengunjung dapat mengetahui perkembangan Vietnam dari zaman dahulu hingga kini. Ho Chi Minh Mausoleum merupakan makam tokoh revolusi Vietnam iaitu Ho Chi Minh. Pengunjung tidak dibenarkan untuk mengambil gambar dan beberapa peraturan yang perlu diikuti apabila berada di sini.

Imej Credit: hanoihotels.info

6. Vietnamese Military History Museum

Vietnamese Military History Museum merupakan muzium bersejarah di Kota Hanoi. Di muzium ini menceritakan tentang sejarah tentera rakyat Vietnam di bawah pimpinan Presiden Ho Chi Minh. Pengunjung yang melawat ke muzium ini boleh melihat bagaimana perjuangan warga Hanoi memperoleh kemerdekaan mereka. Muzium ini merupakan antara 20 tempat menarik untuk dikunjungi di kota Hanoi.                                                           

Imej Credit: tourinhanoi.com

7. Citadel Thang Long

Imperial Citadel of Thang Long adalah sebuah kompleks purba yang menjadi simbol kepada Hanoi. Di sini lokasi pusat politik Dinasti Li (1010) sehinggalah Dinasti Nguyen.  Antara penemuan yang berjaya dilakukan adalah tapak-tapak asas istana lama, jalan lama, kolam-kolam dan telaga lama. Selain itu, terdapat juga penemuan lain seperti barangan seramik, duit syiling gangsa dan banyak lagi yang dipercayai datang daripada pelbagai tempat di sekitar Asia. 

Imej Credit: vietnam-guide.com

8. Tasik Hoan Kiem

Tasik Hoan Kiem merupakan antara 20 tempat menarik untuk dilawati apabila anda berada di Kota Hanoi dan ia merupakan lokasi tumpuan yang popular dalam kalangan penduduk tempatan terutamanya pada hujung minggu. Lokasi menarik untuk mengambil gambar ialah di atas jambatan merah atau dikenali dengan nama The Huc Bridge. Di tengah-tengah tasik ini terdapat satu menara iaitu Menara Kura-Kura atau Turtle Tower. Pengunjung bolehlah bersantai atau berkhelah bersama orang tersayang di sini. 

Imej Credit: vietlanddiscovery.com

9. Hanoi Opera House

Hanoi Opera House dengan reka bentuk gah ini telah dibina dengan tema Gothic pada tahun 1911 dengan inspirasi daripada Paris Opera House yang wujud di negara Perancis. Hanoi Opera House bukanlah sebuah teater biasa. Kebanyakan persembahan yang diadakan di Hanoi Opera House adalah berdasarkan daripada kisah klasik barat.

Imej Credit: lonelyplanet.com

10. Old Quarter

Hanoi Old Quarter adalah sebuah lokasi yang agak padat dengan orang ramai kerana bukan sahaja penuh dengan penduduk tempatan, tetapi juga para pelancong. Sekiranya anda ke sini, anda dapat melihat betapa meriahnya kawasan sekitar dengan gerai-gerai jualan. Selain itu, pengunjung boleh mencuci mata melihat keunikan reka bentuk bangunan di kawasan sekitar dan keunikan bandar Hanoi.

Imej Credit: macaronmagazine.com

11. Dong Ho Painting Village Hanoi

Dong Ho Painting Village merupakan sebuah perkampungan tradisional yang popular di kalangan pelancong. Di sini, pengunjung dapat melihat penghasilan dan karya lukisan tradisional Vietnam yang dipanggil Dong Ho sempena nama kampung ini. Anda boleh lihat penghasilan karya lukisan tradisional yang sangat unik  depan mata anda!

Imej Credit: asiatourism.news

12. Masjid Al-Noor

Masjid Al-Noor merupakan masjid tertua dan satu-satunya masjid di Kota Hanoi. Oleh itu, masjid Al-Noor menjadi pusat utama syiar Islam di kota Hanoi. Masjid Al-Noor Hanoi ini dibangunkan oleh para pedagang dari anak benua India yang berasal dari Bombai, Karachi (Pakistan), dan Kalkuta di sekitar tahun 1930-an. Jika anda ke Hanoi, singgahlah solat di masjid ini.

Imej Credit: travelhanoi.org

13. Thang Long Water Puppet Theater

Water Puppet atau Boneka Air merupakan hiburan tradisional kebanggaan penduduk Vietnam. Lokasi terbaik untuk anda menikmati persembahan ini adalah di Thang Long Water Puppet Theater. Persembahan boneka air ini berinspirasikan daripada kisah-kisah tempatan berkaitan kehidupan petani, nelayan dan buruh dalam menjalankan aktiviti seharian mereka. 

Imej Credit: viator.com

14. Taman Negara Ba Vi

Selain tarikan peninggalan masa lampau, Hanoi turut memiliki tarikan alam semula jadi yang cukup kaya dengan flora dan faunanya. Di Taman Negara Ba Vi yang berkeluasan 16,720 ekar ini anda dapat melihat pelbagai spesies tumbuhan, burung dan haiwan-haiwan lain yang hidup dengan bebas. Menariknya di taman negara ini terdapat kolam air panas. Taman Negara Ba Vi ini merupakan salah satu antara 20 tempat menarik di Hanoi.

Imej Credit: mysinggah.com

15. Hanoi Train Street

Hanoi Train Street adalah antara 20 tempat menarik di kota Hanoi. Ia merupakan sebuah landasan yang terletak di tengah-tengah bangunan kejiranan. Di sesetengah tempat, jarak antara kereta api dan bangunann hanyalah beberapa inci sahaja daripada bersentuhan. Kereta api akan melalui kawasan ini pada sekitar 3 petang dan 7 petang setiap hari. Menariknya, penduduk setempat ada membuka cafe di sekitar landasan tersebut dan boleh menikmati keenakan kopi Vietnam di atas landasan kereta api. 

Imej Credit: vietvisiontravel.com

16. Chua Tran Quoc

Terletak di West Lake, Hanoi, Chua Tran Quoc adalah sebuah pagoda atau tokong budha yang tertua di daerah ini dan ia merupakan antara 20 tempat menarik di Hanoi . Pagoda ini telah dibina pada abad ke-16 ketika zaman pemerintahan Ly Nam De (544 – 548), menjadikan pagoda ini telah berusia lebih daripada 1450 tahun. Jika dilihat dengan lebih dekat, dapat diamati ukiran motif bunga lotus pada dindingnya yang sangat kemas. 

Imej Credit: kientrucsuvietnam.vn

17. Halong Bay

Halong Bay telah dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1994. Halong Bay terletak agak jauh dari kota Hanoi. Tempat ini sangat sesuai dijadikan antara 20 tempat menarik di Hanoi kerana lanskap yang memukau dan kewujudan kapal-kapal layar kayu yang seakan mambawa pengunjung kembali ke zaman lampau. Sangat rugi jika anda datang ke Hanoi tapi tidak berkunjung ke Halong Bay. 

Imej Credit: pata.org

18. Temple of Literature

Temple of Literature atau lebih dikenali sebagai Imperial College ini merupakan universiti yang pertama dan tertua di Vietnam. Ditubuhkan pada tahun 1070 semasa Dinasti Ly Thanh Tong. Temple of Literature ini merupakan contoh seni bina Vietnam yang sangat baik dan terpelihara. Kompleks ini memberi penghormatan kepada ahli akademik dan ulama yang paling dihormati di Vietnam. 

Imej Credit: vietvisiontravel.com

19. Pasar Dong Xuan

Dong Xuan Market adalah sebuah pasar tertutup yang terletak di dalam bangunan 4 tingkap. Pelbagai barangan yang dijual disini salah satunya  adalah cenderamata yang berharga cukup murah. Antara barangan lain yang diniagakan di sini adalah hasil segar, aksesori, pakaian, barangan elektronik dan perkakasan rumah. Sediakan duit secukupnya jika anda datang ke sini! 

Imej Credit: lifestyle.sindonews.com

20. Quan Bay Flower Market

Antara 20 tempat menarik di Hanoi adalah di Quan Bay Flower Market. Ia terletak di daerah Tay Ho dan menawarkan bunga segar dari seluruh Vietnam, termasuk Dong Anh, Soc Son, Me Linh, Dalat dan Nhat Tan. Pelbagai jenis bunga yang bewarna-warni terdapat di sini antaranya bunga mawar, orkid, bunga matahari dan banyak lagi. Jika anda peminat bunga, pastikan anda masukkan Quan Bay Flower Market dalam jadual perjalanan anda. 

Imej Credit: viettravelmagazine.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *