Terma & Syarat
Tempoh Sah Invois: 3 Hari
Harga: Tertakluk kepada sebarang perubahan yang diluar kawalan.
Dengan membeli mana-mana pakej dari Nuzha Travel, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat berikut:
Polisi Tempahan & Pembayaran
- Pakej Joined Tour/Private Tour (termasuk dan tidak termasuk tiket penerbangan)/Corporate Package
- Pakej Private Tour (tidak termasuk tiket penerbangan): Bayaran tempahan selepas konfirmasi adalah berdasarkan Jadual 1.1.
- Pakej Joined Tour: Bayaran tempahan RM 500/pax selepas konfirmasi.
- Pakej All in Private (termasuk tiket penerbangan): Yuran tempahan 50 % daripada harga pakej selepas konfirmasi.
- Big Group / Corporate: Yuran tempahan RM 700/pax (dalam negara) atau RM 1000/pax (luar negara) selepas konfirmasi.
- Tiket Penerbangan: Bagi 9 orang dan ke bawah, bayaran penuh akan dikenakan pada waktu tersebut setelah konfirmasi. Bagi 10 orang dan ke atas (Kumpulan), bayaran tempahan 50% akan dikenakan setelah konfirmasi.
- Pembayaran kedua 50% daripada baki harga pakej hendaklah dibayar selewat-lewatnya 120 hari sebelum tarikh berlepas.
- Pembayaran penuh 100% hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh berlepas.
- Perubahan harga pakej mungkin berlaku atas sebab di luar kawalan syarikat. Dalam kes dimana bayaran tambahan akan dikenakan kepada pelanggan.
- Nuzha Travel mempunyai hak untuk membatalkan pakej secara automatik jika pembayaran tidak dijelaskan mengikut prosedur.
- Bayaran tempahan bagi Pakej Private Tour (tidak termasuk tiket penerbangan):
Jadual 1.1
| Harga Pakej/seorang | Bayaran Tempahan/seorang |
|---|---|
| Bawah RM5,000 | RM500 |
| RM5,001 – RM10,000 | RM1000 |
| RM10,001 dan keatas | RM1500 |
*Harga mungkin akan berubah mengikut kadar tukaran matawang semasa
Polisi Pembatalan
- Yuran tempahan dan yuran tiket penerbangan yang dibayar oleh pelanggan selepas pengesahan pakej tidak akan dikembalikan.
- Pembatalan dari pelanggan dalam tempoh 5 hari selepas pembayaran kedua – bayar balik 75% dari jumlah bayaran kedua yang telah dibayar.
- Pembatalan daripada pelanggan selepas 5 hari dari pembayaran kedua sehingga 120 hari sebelum tarikh berlepas – bayar balik 25% daripada jumlah bayaran kedua yang telah dibayar.
- Pembatalan daripada pelanggan 119 hari – 45 hari sebelum berlepas – bayaran balik 25% daripada harga pakej yang telah dibayar.
- Pembatalan daripada pelanggan < 45 hari sebelum tarikh berlepas – tiada bayaran balik.
- Jika pembayaran bagi tiket penerbangan (kumpulan) tidak dapat diselesaikan 45 hari sebelum berlepas, tiket tersebut akan dibatalkan dan bayaran tempahan tidak akan dikembalikan.
- Pembatalan daripada Nuzha Travel & Tours – bayaran balik 100% daripada jumlah pembayaran kedua/penuh (kecuali tiket penerbangan bergantung kepada terma dan syarat syarikat penerbangan).
- Proses bayaran balik mengambil masa 7 hari bekerja.
- Pihak Nuzha Travel berhak membatalkan pakej yang ditempah jika pelanggan tidak mematuhi terma & syarat yang ditetapkan mengikut polisi pembatalan.
- Pembatalan / pemindahan / pertukaran keseluruhan siri atau lawatan kumpulan (Joined Tour) secara serta merta adalah boleh dilakukan oleh Nuzha Travel. Butiran yang merangkumi pembatalan tersebut adalah seperti berikut:
- Force majeure – Bencana, perang, pandemic.
- Mogok, rusuhan, peperangan awam atau kudeta.
- Bilangan pelanggan yang tidak mencukupi untuk membentuk saiz kumpulan minimum.
Polisi Penangguhan
- Pelanggan hendaklah memaklumkan kepada pihak Nuzha Travel sekurang-kurangnya 60 hari sebelum tarikh berlepas. Penalti sehingga RM 300 akan dikenakan terhadap setiap peserta.
- Tarikh pakej yang hendak ditangguh mesti disahkan dalam tempoh 14 hari selepas pemberitahuan penangguhan.
- Tarikh penangguhan bergantung pada kekosongan.
- Bayaran tiket penerbangan sedia ada tidak akan dikembalikan, dan pelanggan hendaklah menanggung harga tiket penerbangan yang baharu mengikut kadar semasa.
- Pihak Nuzha Travel berhak membatalkan pakej yang ditempah jika pelanggan tidak mematuhi terma & syarat yang ditetapkan mengikut polisi penangguhan.
Nota: Dengan mengambil pakej kami, setiap gambar yang diambil semasa pakej adalah dipersetujui untuk tujuan pengiklanan dan juga promosi di Instagram, Facebook dan juga Website. Jika pihak tuan/puan tidak bersetuju, sila maklumkan kepada kami.
Sila buat pembayaran ke Nuzha Travel & Tours Sdn Bhd:
5512 4957 0279 – Maybank