Genting Dream, Star Voyager
& Piano Land

Pakej Cruise

Genting Dream/StarVoyager/Piano Land

Wajib ada passport ke?

Passport hanya perlu untuk cruise Genting Dream dan Star Voyager sahaja. Passport mestilah sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pulang.

Kalau bukan passport Malaysia boleh booking ke?

Boleh. Namun dalam setiap kabin mesti ada sekurang-kurangnya seorang penumpang yang memegang passport Malaysia. 

Ada sediakan bas ke Singapore?

Ya, bas disediakan untuk pakej tertentu (pakej blockage). Laluan perjalanan bas boleh rujuk pada faresheet.

Bayaran gratuity & port charge tu apa?

-Port Charge ialah cukai pelabuhan yang dikenakan pada setiap penumpang.

-Gratuity ialah caj perkhidmatan yang dibayar terus oleh penumpang untuk kru seperti pelayan restoran dan staf kapal.

Bayaran macam mana?

-Deposit 50% jika pelayaran lebih dari 105 hari dari tarikh berlepas.

-Bayaran penuh (100%) jika pelayaran kurang daripada 105 hari.

-Port Charge dibayar semasa anda buat bayaran penuh kabin.

-Gratuity dibayar di penghujung pelayaran, sama ada di kaunter receptionist (Deck 6) atau secara online.

-Segala tempahan fasiliti dalam kapal perlu membuat bayaran semasa membuat tempahan kabin.

Kalau nak tukar penumpang, tukar tarikh pelayaran atau naik taraf kabin boleh ke?

-Tukar penumpang: Boleh, tetapi dikenakan caj RM230 setiap penukaran dan hanya sekali/seorang sahaja yang dibenarkan tukar.

-Tukar tarikh pelayaran: Boleh, tertakluk kepada kekosongan tarikh

-Naik taraf kabin: Boleh, tertakluk kepada kekosongan.

Kalau nak cancel boleh ke?

Boleh, tetapi akan dikenakan caj pembatalan (Cancellation Fee) mengikut Terma & Syarat.

Apa syarat bawa kanak-kanak?

Kanak-kanak mesti ditemani oleh seorang dewasa berumur 18 tahun ke atas dalam kabin yang sama.

Apa syarat bawa infant ?

Infant perlu ditemani oleh dua orang dewasa berumur 18 tahun ke atas dalam kabin yang sama. Infant dibawah 6 bulan tidak dibenarkan menaiki cruise. 

Ibu mengandung boleh naik cruise ke?

Ibu mengandung 24 minggu (6 bulan) ke atas tidak dibenarkan menaiki cruise atas faktor keselamatan.

Ada harga special ke untuk kanak-kanak dan warga emas?

Tiada. Harga untuk kanak-kanak (2 tahun ke atas) dan warga emas adalah sama seperti harga dewasa.

Kabin maksimum berapa orang?

-Kabin ISS, BSS & BDS: maksimum 4 orang.

-Kabin OSS: maksimum 2 orang.

-Jika lebih daripada kapasiti, anda perlu ambil kabin tambahan. Contoh: Kabin ISS – keluarga 5 orang perlu ambil 2 kabin. (ISS3 & ISS2)

Boleh request kabin bersebelahan?

Tidak boleh kerana susunan kabin telah automatik ditetapkan oleh pihak cruise.

Boleh hias kabin untuk event (anniversary/birthday)?

Untuk hiasan kabin ulang tahun atau hari lahir boleh tapi dikenakan cas tambahan. 

Nak naik solo boleh ke?

Boleh, tetapi kadar harga dikenakan 200% kerana kabin direka untuk minimum 2 orang.

Makanan atas cruise halal ke?

Ya, restoran utama The Lido diiktiraf halal oleh OIC/SMIIC. Jadi anda boleh makan dengan yakin tanpa was-was.

Perlu bawa makanan tambahan?

Tidak perlu kerana atas cruise anda akan makan 3-4 kali sehari. Makanan juga dihidang secara buffet, jadi anda boleh makan sepuas-puasnya.

Boleh bawa makanan ready-to-eat untuk baby?

Boleh, selagi dalam bentuk sealed / ready-to-eat dan mudah dibawa.

Sesuai ke untuk orang naik wheelchair?

Ya, percutian cruise ni memang mesra wheelchair. Kru sentiasa bersedia membantu sepanjang proses boarding dan di atas kapal.

Tandas ada bidet?

Tiada.

Mabuk laut sesuai ke?

Kapal bersaiz besar, jadi jarang terasa terumbang-ambing. Namun bergantung pada tahap mabuk laut individu.

Ada internet ke? Penting ke internet?

Line internet telefon dan roaming tidak berfungsi di laut. Anda boleh beli pakej internet di atas cruise. Internet penting untuk semak itinerari harian dan buat bayaran atas talian. Untuk beli wifi dalam cruise boleh juga inform pada agent semasa booking cabin dibuat.

Pakej termasuk apa?

Untuk senarai penuh, [klik sini (bawa ke part pakej termasuk/tidak termasuk)].

Bayaran atas kapal ni dalam currency apa ya?

Genting Dream dan juga Star Voyager menggunakan SGD, untuk Piano Land menggunakan USD.

Boleh bayar guna kad dan cash ke? Atau kad sahaja?

Boleh guna cash atau card credit (Visa, MasterCard, UnionPay).

Boleh bagi address untuk kami nak parking nanti? Dan address Terminal Cruise?

SINGAPORE:
Singapore Cruise Centre. 1 Maritime Square, Singapore 099253

Marina Bay Cruise Centre. 61, Marina Coastal Drive, Singapore 018947 

PORT KLANG
Port Klang Cruise Terminal. Pulau Indah, Port Klang Cruise Centre, P.O.Box 288, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

MELAKA:
ICQS Terminal. Jalan Taman Kota Laksamana 1, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka 

PENANG:
Swettenham Pier Cruise Terminal, Swettenham Pier, 1A Persiaran King Edward, 10300 Penang, Malaysia

Rate parking berapa per day?

SINGAPORE
3D2N CRUISE – SGD68- 80SGD
4D3N CRUISE – SGD88-SGD 110
5D4N CRUISE – SGD108-SGD 140


PORT KLANG:
RM20/Day

Waktu turun di beberapa tempat tu kene gerak sendiri atau ada pakej lain yg disediakan?

Boleh bergerak sendiri dan ada juga disediakan pakej oleh pihak kapal. Tetapi perlu booking sehari awal.

Perlu download apps apa ya untuk memudahkan perjalanan ke cruise nanti?

Turun ke Singapore:
MyICA Mobile 

Turun ke Indonesia:
ALLIndonesia

Turun ke Thailand:
Thailand Digital Arrival Card: https://tdac.immigration.go.th/arrival-card/#/home 
*Dalam cruise juga akan sediakan QR code. Dalamnya akan berikan segala information tentang kapal cth itinerary, menu,harga wifi, pakej yg ditawarkan oleh cruise

Boleh suggest hotel yang berhampiran dengan terminal Cruise?

SINGAPORE:
1. Rest Bugis Hotel (4.7Km from MBCC)
2. Harbour Ville Hotel (2km from SCC)

PORT KLANG: 
1.Crystal Crown Hotel (9km dari PKCT)

MELAKA:
1. Hatten Hotel (3.2km dari IQCS)
2. Ibis Hotel (2.9km dari IQCS)

3. PENANG:
1.Bayview Hotel (2.3km dari Cruise Terminal) 
2. Tune Hotel (3km dari Cruise Terminal) 

Bila saya boleh dapat tiket cruise ya?

GENTING DREAM:
Biasanya satu minggu lebih awal dari tarikh pelayaran.

STAR VOYAGER: 
Biasanya 4-5 hari sebelum tarikh pelayaran

PIANO LAND:
Biasanya 1-3 hari sebelum tarikh pelayaran

Berapa kg beg boleh bawa?

Bebas, tanpa had berat. Jika bag besar boleh check in baggage juga.

Makanan halal ke?

Ada, hanya di THE LIDO CAFE

Pakej dah termasuk makan ke?

3 kali makan. Breakfast, lunch dan dinner.

Semua aktiviti dalam cruise percuma ke?

Tak semua aktiviti dalam cruise percuma. Ada yg perlu membuat bayaran tambahan.

Kalau buy 2 free 2 tu, kena satu cabin ke?

Ya betul, hanya dalam satu cabin dan hanya untuk Genting Dream sahaja. Bergantung kepada promo yang berlangsung.

Kalau nak muatkan anak saya infant. (keluarga berlima) tak boleh ke dalam satu cabin?

Tidak boleh, maksimum untuk satu cabin hanya 4 orang dan bergantung kepada jenis cabin dan juga jenis pakej cruise.

Ada offer pakej ke di setiap stop tu?

Ada, kapal ada sediakan SHOREX iaitu pakej tetapi perlu membuat tempahan dahulu.

Berapa harga internet dalam cruise?

Bermula 12 SGD/night/device.

Kalau nak cabin dekat dekat boleh ke?

Boleh request, tetapi berdasarkan kekosongan bilik.

Berapa harga setiap game or aktiviti yang perlu bayar dalam cruise?

Bergantung pada permainan dan aktiviti yang kita lakukan. Biasanya harga mengikut jam yang digunakan.

Kalau makan tu, unlimited ke? Or kalau lapar, boleh je pergi restaurant?

Makanan dihidangkan secara buffet, jadi unlimited untuk makan tetapi hanya dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Apa beza Balcony biasa dan Balcony Deluxe?

Balcony Deluxe biliknya lebih luas sikit dan lebih mewah berbanding bilik balcony biasa.

Berapa rate harga kalau nak iron dalam cruise?

Ada cas servis bergantung pada jenis pakaian. Tidak dibenarkan membawa iron.

Berapa rate insurance covered untuk Cruise, dan apa yang dicover?

Serendah RM51/family. Harga berbeza mengikut route dan tempoh hari.

Kalau hujung tahun, tak bergelora ke ombak tengah laut, selamat ke?

Selamat, kapal besar dan lebar menyebabkan lebih stabil dan tidak rasa goyang.

Nanti dekat dalam cruise, akan ada yang guide ke atau free and easy?

Tiada guide, lebih kepada free and easy sahaja dalam kapal. Boleh juga bertanyakan kepada crew kapal.

Kalau tak buat passport lagi, boleh ke book?

Sebaiknya membuat tempahan bersama passport kerana tempahan memerlukan details passport penumpang.

Kalau saya Singaporean, boleh ke ya?

Boleh, tapi perlu ada seorang dalam cabin itu malaysian.

Cruise ni cruise halal ke?

Tidak sepenuhnya halal.

Ada pakej untuk honeymoon tak? Berapa harga ya?

Pakej untuk honeymoon tiada, tetapi untuk request untuk dekorasi bilik honeymoon pihak kapal boleh buatkan dengan cas tambahan. hanya untuk Genting Dream dan Star Voyager manakala untuk Piano Land tiada servis dekorasi bilik.

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com