nor zahira 2 Comments

20 Tempat Menarik Wajib Pergi di Seoul

20 Tempat Menarik Wajib Pergi di Seoul Korea

Anda Merancang Percutian Anda Untuk ke Korea Semasa Cuti Sekolah? Jom berkunjung Ke 20 Tempat Menarik Wajib Pergi di Seoul. Pastikan Ini Merupakan Destinasi Wajib Anda di Sana.

1.Bukchon Hanok Village

Bukchon Hanok Village ini merupakan antara 20 tempat menarik wajib pergi di Seoul Korea yang terletak di kawasan perumahan tradisional Hanok. Terdapat beratus-ratus Hanok di kawasan ini yang terletak di kawasan ini yang menjadikannya antara tempat tumpuan pelancong terutamanya bagi mereka yang meminati senibina dan fotografi. Ini kerana senibinanya unik dan sangat menarik. Di sini anda boleh menyewa Hanbok iaitu pakaian tradisi orang Korea dan bergambar di sekeliling Bukchon Hanok Village.

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : traveltriangle.com

2. Nami Island

Nami Island juga antara 20 tempat menarik wajib pergi di Seoul Korea yang merupakan lokasi terbaik untuk merehatkan minda anda. Tempat ini berkeluasan 553 560 km dan dipenuhi dengan pokok-pokok chestnut.  Menjadikan pulau ini leih terkenal kerana di sini lokasi pengambaran drama popular Korea iaitu Winter Sonata. Di Nami Island, anda berpeluang menikmati  pemandangan indah dengan melihat pokok, patung winter sonata. Selain itu, di sini juga terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Musim paling menarik untuk datang ke Nami Island adalah semasa  winter kerana kita dapat melihat Nami Island dipenuhi salji tebal yang berwarna putih.

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : mylittleadventure.fr

3. Petite France

Petite France merupakan Little France yang diilhamkan oleh seorang peniaga yang kerap melancong ke Perancis. Kerana jatuh cinta dengan keunikan dan keindahan negara Perancis, maka beliau mendapat idea untuk membina Little France di Seoul.  Di Petite  France terdapat bangunan berwarna-warni yang mirip seperti di kota France. Anda akan rasa seolah berada di kota cinta tersebut tetapi anda sebenarnya di Korea. 

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : straitstimes.com

4. Seoul Central Mosque

Seoul Central Mosque terletak di ItaewonSeoul Central Mosque terletak di antara Sungai Han dan Namsan, berkeluasan 1,500 meter persegi. Masjid ini terdiri daripada pejabat, bilik kuliah, dewan solat utama di tingkat 2 dan dewan solat wanita di tingkat 3. Di sini juga terdapat sebuah madrasah dinamakan Prince Sultan Islamic School. Jika anda ke Itaewon, jangan lepaskan  peluang untuk bergambar kenangan di hadapan masjid yang indah ini. Sangat rugi jika anda tidak jadikan masjid ini sebagai 20 tempat menarik wajib pergi di Seoul Korea. 

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : flickr.com

5. Namsan Tower

N Seoul Tower atau juga dikenali sebagai Namsan Tower. Ia adalah sebuah menara komunikasi dan pemerhatian terletak di Namsan Mountain di pusat bandar Seoul. Di bahagian atas N Plaza, terletaknya Roof Terrace iaitu kayu yang luas dimana beribu-ribu padlocks dilekatkan padanya oleh pasangan kekasih. Tujuannya adalah sebagai lambang kasih sayang abadi mereka. Ia juga merupakan tempat yang paling strategik untuk menikmati keindahan Seoul dan masa yang paling sesuai untuk ke N Seoul Tower ini adalah pada waktu matahari terbenam. Jadikan Namsan Tower sebagai 20 tempat menarik wajib pergi di Seoul Korea untuk mengunci cinta abadi anda. 

Imej credit : civitatis.com

6. Hangang Park

Hangang Park terletak di tepian Sungai Hangang. Hangang Park merupakan sebuah taman rekreasi yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk anda beraktiviti bersama keluarga di waktu petang. Antara aktiviti yang dilakukan di sini ialah berbasikal, bermain bola keranjang, bola tampar, tenis, berkelah dan macam-macam lagi. Waktu paling menarik untuk dikunjungi Hangang Park adalah pada waktu petang tetapi keadaan di sini agak sesak kerana ramai penduduk tempatan datang untuk beriadah. 

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : pinterest.com

7. Gyeongbokgung Palace

Gyeongbokgung Palace merupakan istana yang utama dan terbesar daripada lima Grand Palaces yang dibina oleh Dinasti Joseon. Di sini pengunjung berpeluang merasai pengalaman Change of Guards Ceremony yang dijalankan setiap hari (kecuali pada hari Selasa) pada pukul 10.00 am dan 2.00 pm selama 20 minit. Apabila tiba musim cuti, terdapat ramai pelancong yang berkunjung di sini dan keadaan agak sesak. Jom jadikan beberapa minit anda seperti berada di zaman Joseon dengan berkunjung ke sini sebagai  20 tempat menarik wajib pergi di Seoul Korea.

Imej credit : lonelyplanet.com

8. War Memorial and Museum

War Memorial and Museum terletak di Yongsan-gu, Seoul. Di sini mempamerkan dan memelihara bahan yang berkaitan dengan Perang Korea. Ia berfungsi sebagai tempat pendidikan moral negara. Muzium itu menempatkan kira-kira 33000 artifak dengan kira-kira 10000 dipamerkan di dewan pameran dalam dan di dewan luar. Untuk mengetahui sejarah Korea dan menambah ilmu pengetahuan bolehlah anda datang ke muzium ini.

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : en.wikipedia.org

9.Trickeye Muzium Hongdae

Trickeye Museum di Hongdae menggabungkan seni dengan teknologi hi-end yang dipanggil AR (Reaksi Augmented) dan ilusi 2D/3D. Di sini, pelawat boleh berinteraksi dengan lukisan menggunakan aplikasi Trickeye Camera. Teknologi ini baru dibangunkan untuk membuatkan gambar hidup menjadi sebahagian daripada  karya seni dan merakamnya pada video atau gambar. Sangat menarik kerana ilusi 3D di sini seakan gambar sebenar!

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : theseoulguide.com

10. Seoul Grand Park

Seoul Grand Park antara 20 tempat menarik wajib pergi di Seoul Korea yang berkeluasan kira-kira 9,157,000 m. Antara tempat-tempat yang menarik di Seoul Grand Park ialah Zoo Seoul Grand Park , Zoo kanak-kanak, taman bunga mawar, taman hiburan Seoulland, dan Muzium Seni Moden dan Kontemporari Kebangsaan, Gwancheon. Selain itu, di Zoo Seoul ini terdapat 3000 ekor haiwan yang terdiri daripada kira-kira 350 spesies dari seluruh dunia. Seoul Grand Park sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana di sini terdapat taman khas di sediakan untuk kanak-kanak. 

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : tripzilla.ph

11. SM Town Gallery

SM Town Gallery adalah khas untuk si peminat Kpop. S.M.Entertainment merupakan salah satu daripada syarikat hiburan gergasi di Korea Selatan. Pada 14 Januari 2015, S.M Entertainment telah membuka secara rasmi SMTOWN yang terletak di COEX Artium. Bagi peminat Kpop jangan lepaskan peluang untuk pergi ke SM Town Gallery. Ada rezeki mana tahu anda dapat berjumpa dengan artis-artis Korea di sini. 

Imej credit : koreatimesus.com

12. Cheonggyecheon Stream

Cheonggyecheon Stream adalah sungai yang indah sepanjang 10.92 KM yang dikelilingi dengan pokok-pokok dan bangunan komersil yang tinggi. Terdapat dua jambatan terkenal yang menyeberangi aliran yang boleh anda lawati iaitu Jambatan Narae dan Jambatan Gwanggyo. Apa yang menariknya di sini, semasa perayaan Lantern Korea pada bulan November , anda akan berpeluang untuk melihat banyak reka bentuk tanglung yang cantik dengan saiz besar. Tanglung ini akan menyala pada waktu malam dan terapung di atas air. Jom berkunjung ke Cheonggyecheon Stream sebagai 20 tempat menarik wajib pergi di Seoul Korea untuk menyaksikan pemandangan tanglung yang berwarna warni. 

 

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : preparetravelplans.com

13. Ewha Womans University

Ewha Womans University adalah universiti swasta wanita di Seoul, Korea Selatan . Universiti ini di asaskan pada tahun 1886 oleh Mary F. Scranton di bawah Maharaja Gojong. Menariknya ia kini merupakan institut pendidikan wanita terbesar di dunia dan merupakan salah satu daripada universiti paling berprestij di Korea Selatan. Seni bina universiti ini sangat unik dan ini menjadi tarikan pelancong untuk bergambar. Jadi bolehlah anda cipta kenangan dengan bergambar seperti seorang pelajar apabila berkunjung ke universiti ini. 

Imej credit : area arch.it

14. Insadong Street

Insadong Street menjangkau lebih 700 meter antara Anguk-dong Rotary dan Tapgol Park. Ia merupakan tempat yang unik dipenuhi dengan kedai menjual barangan kraftangan Korea terutamanya di Samziegil, kedai-kedai tembikar dan lukisan. Pelbagai acara seni dan festival sering diadakan di sepanjang jalan yang menawarkan peluang bagi pelancong untuk mengenali dengan lebih mendalam seni dan kebudayaan tradisional Korea.

Imej credit : English.visitkorea.or.kr

15. Myeong-dong Market

Myeong-dong Market merupakan syurga bagi seorang wanita. Di sini terdapat pelbagai kedai-kedai menjual barangan buatan Korea di mana ia di dominasi oleh kedai-kedai menjual produk kecantikan  terkenal seperti Nature Republic, Tony Moly dan sebagainya. Selain itu, di sini juga terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh anda cuba seperti Rose Shape Gelato Ice Cream, spicy topokki, oden, hotteok, ais krim 32 sentimeter dan macam-macam lagi. Tapi sebelum membeli pastikan anda lihat penjual dan logo halalnya terlebih dahulu. Ayuh jadikan pasar ini sebagai 20 tempat menarik wajib pergi di Seoul Korea untuk mencuba sesuatu yang baru di sini. 

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : prepairtravelplans.com

16. Namdaemun Market

Namdaemun Market adalah sebuah pasar yang wajib anda kunjungi. Di sini terdapat 17000 buah gerai. Harga yang ditawarkan di pasar ini cukup murah.  Di sini juga terdapat pusat jualan borong.  Ia memang lokasi yang terbaik jika anda mahu membawa cenderamata bagi insan tersayang. Barangan yang terkenal di sini adalah kerongsang. Jadi jangan lupa untuk tawar menawar dengan ajumma atau ajushi yang berniaga di sini. Disamping itu, anda pasti berpuas hati dengan layanan mesra yang diberikan oleh penjual  sepanjang membeli-belah di sini. 

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit :english.visitkorea

17. Dongdaemun Market

Dongdaemun juga merupakan pasar yang terkenal sebagai syurga beli-belah bagi pelancong. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Seksyen 1 yang terletak  di sekitar Doosan Tower . Manakala Seksyen 2 pula di sekitar Dongdaemun Design Plaza and Park. Pusat membeli belah yang besar di Seksyen 1 menjual barangan borong dan runcittetapi kebanyakannya berurusan dengan pelanggan pada harga runcit. Pusat membeli-belah utama adalah Doosan Tower, Migliore dan Hello APM. Nasihat untuk anda adalah sediakan duit secukupnya untuk membeli belah di sini.

Imej credit : Travelvui.com

18. Gwangjang Market

Gwangjang Market merupakan pasar yang tertua di Seoul yang dibina pada tahun 1905. Di sini terdapat banyak penjual  yang menjual tekstilsutera, linen, cadar, hanbok (pakaian tradisional Korea), baju terpakai dan banyak lagi. Para pengunjung boleh membeli kain sutera asli Korea di pasar ini dengan harga yang murah dan berbaloi. Anda boleh jadikan pasar ini sebagai 20 tempat menarik wajib pergi di Seoul Korea untuk membeli belah dengan harga yang murah.

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : http: chloewl.blogspot.com

19. Everland Theme Park

Taman Tema Everland merupakan taman tema terbesar di Korea dan diuruskan sepenuhnya oleh Samsung  C&T Corporation, anak syarikat Samsung Group. Tarikan utama di sini adalah T Express-Roller iaitu roller coaster kayu dan ia merupakan roller coaster ke-5 terpantas di dunia. Jangan lepaskan peluang anda untuk menaiki roller coaster di taman tema ini. Selain itu,  di sini juga terdapat taman bunga yang dihiasi dengan pelbagai jenis bunga mengikut tema dan tempat-tempat untuk bergambar. Waktu terbaik untuk ke sini ialah pada musim bunga. 

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : my.carousell.com

20. Lotte World

World Lotte adalah antara 20 tempat menarik wajib pergi di Seoul yang  terletak di Jamsil. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu indoor Adventure Theme dan Magic Island Theme. Indoor Adventure Theme setinggi 4 tingkat yang sesuai untuk anak-anak  kecil. Manakala Magic Island Theme yang terletak di sebelah luar berhampiran Tasik Seokchonhosu pula lebih sesuai untuk pengunjung dewasa. 

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : English.visitkorea.or.kr