nor zahira No Comments

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung

Anda Merancang Percutian Anda Untuk ke Bandung Semasa Cuti Sekolah? Pastikan 20 Tempat Mesti Lawat di Bandung Ini Merupakan Destinasi Wajib Anda di Sana.

1.Kawah Putih

Kawah putih adalah antara  bucketlist  yang mesti diterokai oleh pengunjung. Walaupun terletak agak jauh dari pusat Bandar, kawasan ini tetap menjadi pilihan wajib pelancong apabila berkunjung ke Bandung kerana keindahannya yang unik dan memukau. Ramai  juga yang sanggup datang untuk mengambil gambar perkahwinan di sini. Kawasan ini terhasil daripada letusan gunung berapi yang membentuk danau yang bertanah putih dan berair putih kehijauan. Di tebing danau pula kelihatan belerang kekuningan serta pohon bakau yang tumbuh dan menjadi penyeri kepada pemandangan. Untuk mengelakkan daripada bau belerang yang kuat, setiap pengunjung perlu mematuhi had masa untuk berada di sini. 

Imej dikreditkan: surabaya.tribunnews.com

2.Floating Market

Floating market di Bandung berbeza dengan ‘floating market’ di Thailand atau Vietnam. Ini menjadikan floating market ini antara 20 tempat mesti lawat di bandung. Di sini, mereka menyediakan bot kecil atau sampan untuk pengunjung ke kedai yang terletak di tebing tasik ini. Floating market ini juga menjual aneka hidangan Indonesia seperti sate arnab, bakso, dan siew mai yang menjadi pilihan untuk mengisi perut. Pelbagai cenderahati batik dan ole-ole Bandung turut di jual disini. Jangan lupa untuk menukar tiket dengan minuman panas apabila berkunjung ke floating market ini.

20 tempat mesti lawat di Bandung
Imej dikreditkan: www.idtempatwisata.com

3.Farmhouse Susu Lembang

Satu lagi tempat yang menarik di Bandung yang wajib dikunjungi adalah Farmhouse yang bercirikan Eropah sangat cantik untuk dijadikan tempat mengambil gambar. Tempat ini sesuai dikunjungi seisi keluarga kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh setiap peringkat umur. Antara aktiviti di sini adalah bermesra dengan haiwan ternak ladang di Petting Zoo dan bergambar di Love Locks. Turut terkenal di sini juga adalah Hobitton, iaitu rumah hobbit mini yang dibina daripada inspirari filem Hobbit/ Lord Of The Ring seperti di New Zealand. Keindahan landskap dan suhu yang nyaman menjadikan tempat ini sebagai 20 tempat mesti lawat di Bandung seolah-olah anda berada di Eropah.

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: rebanas.com

4.Glamping Rancabali

Antara tarikan utama Glamping Rancabali adalah sebuah kapal yang ‘terdampar’ di tengah-tengah perbukitan yang bernama Pinisi Resto . Ia merupakan sebuah tempat makan yang berkonsepkan kapal tradisional Pinisi yang terletak di dataran tinggi. Udaranya yang nyaman dikelililngi oleh danau dan ladang teh yang menghijau akan membuatkan jiwa terasa lapang dan tenang. Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan seperti memancing, berbasikal, menaiki rakit di tasik, memetik teh dan strawberi atau menikmati saat bahagia bersama keluarga dan kawan-kawan.

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: toutiaoid.jiajiahebao.com

5. De Ranch Lembang

Kawasan bertemakan ‘cowboy’ merupakan antara tarikan di kawasan Lembang. di sini, pengunjung berpeluang untuk mengenakan pakaian bertema ‘cowboy’ dan menunggang kuda sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Pengunjung juga dapat didedahkan dengan cara penjagaan kuda dan lembu serta berpeluang memerah susu lembu sendiri. selain itu, tempat ini juga menawarkan aktiviti outdoor yang lain seperti memancing , flying fox dan memanah.

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: www.foap.com

6.Dusun Bambu Family Leisure Park

Istimewanya di sini bila sampai , anda sudah dijemput dengan kenderaan berhias untuk dibawa ke puncak dusun bambu. Di situ terdapat lokasi gazebo terkenal yang berbentuk sarang burung terletak. kanak-kanak juga boleh meluangkan masa dengan ke aman permainan ‘ The Labyrinth’ serta taman arnab yang comel dengan harga yang sangat berpatutan. Terdapat pelbagai restoran untuk anda menjamu selera disini sambil menikmati pemandangan yang indah.

20 tempat mesti lawat di Bandung
Imej dikreditkan: dewiantasari.blogspot.com

7.Cidiwey Valley Hotspring

Nikmati percutian anda di 20 tempat mesti lawat di Bandung  dengan air panas semulajadi di Cidiwey Valley Hotspring. Kawasan ini pasti menarik minat pelbagai peringkat umur kerana gelongsor airnya yang pelbagai sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa di samping pemandangan yang mendamaikan. Pengunjung boleh menginap di cottage yang disediakan atau berkhemah di kawasan terbuka. Taman tema air ini juga mempunyai taman burung yang luas serta restoran untuk menjamu selera selepas penat bermain.

20 tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: liburanesia.com

8. Ranca Upas

Ranca Upas terkenal antara 20 tempat mesti lawat di Bandung kerana cukup kaya dengan pelbagai flora dan fauna dengan keluasan 215 hektar serta berketinggian 1700 meter dari aras laut. Persekitaran yang sejuk membuatkan pengunjung berasa seperti berada di dalam bilik berpenghawa dingin dengan suhu sekitar 17 ke 20 darjah celsius. Di samping itu, pengunjung juga berpeluang mendekati dan memberi makan kepada rusa yang berkeliaran di kawsan sekitar. Selain itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berkayak, berendam di dalam kolam air panas dan lain-lain aktiviti yang pasti menyeronokkan anda.

20 tempat mesti lawat di Bandung
Imej dikreditkan: www.picsunday.com

9.Dago Dreampark

Dago Dreampark mula dikenali dengan tarikan utamanya ‘karpet aladin’. Kebanyakkan pengunjung datang ke sini untuk bergambar di Karpet Aladin ini. Karpet ini yang juga dipanggil love seat menarik kerana keadaannya yang tergantung diudara. Lokasinya di tanah tinggi dengan pemandangan yang cantik menjadikan tempat ini sebagai 20 tempat mesti lawat di Bandung.

Imej dikreditkan: mat-drat.blogspot.com

10. Kopi Luwak Cikole

Bagi peminat kopi, anda boleh mencuba kopi eksotik ini. Di gelar sebagai kopi musang (luwak), biji kopi ini terhasil daripada biji kopi yang dimakan oleh musang dan dikeluarkan semula melalui najis yang kemudiannya dibersihkan. Sejak kurun ke 19, kopi ini semakin mendapat sambutan dan menjadi salah satu kopi termahal di dunia. Kopi luwak ini telah mendapat sijil halal dan mengikut proses pembersihan  yang teliti dan diiktiraf. Di sini juga, mereka akan menunjukkan proses pembuatan kopi luwak secara lebih terperinci.

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: mat-drat.blogspot.com

11.Tangkuban Perahu

Tangkuban perahu merupakan salah satu lokasi kawasan gunung berapi aktif yang terkenal di Indonesia. Tidak seperti gunung berapi yang lain, kawasan ini berbentuk panjang seperti perahu terbalik. Kawasan ini juga berada di dataran tinggi serta dikelilingi oleh kebun teh. Gunung berapi ini juga menghasilkan belerang dan air panas mengalir di kaki bukitnya.

*Tips- jangan lupa untuk membawa topeng muka untuk menghalang daripada terbau belerang yang kuat.

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: www.pegipegi.com

12. Trans Studio Bandung

Sebuah taman tema yang terbesar di Indonesia, fasiliti danpermainan yang  disediakan di dalamnya juga bertaraf dunia. Permainan-permainan yang ditawarkan di sini terbahagi kepada 3 zon berbeza iaitu Zon Studio Central, Zon The Lost City dan Zon Magic Corner, yang mempunyai tarikan tersendiri. Trans studio ini juga memiliki pusat membeli-belahnya tersendiri iaitu Trans  Studio Mall Bandung dengan lebih daripada 200 outlet yang terkenal dan lebih daripada 100 gerai makanan.

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: meloaku.com/

13. Paris Van Java

Mall ini menyediakan pelbagai pilihan kedai berjenama dari serata dunia serta kafe  dan restoran yang bertaraf antarabangsa. Dengan rekabentuk bercirikan ala Paris, pusat membeli belah berkonsep semi outdoor ini dikatakan antara yang termoden di Bandung. Tambahan lagi, terdapat juga pawagam, tempat meluncur ais, taman permainan, gym, dan kedai buku disini. Jangan lupa singgah di Paris Van Java sebagai 20 tempat mesti lawat di Bandung.

20 tempat mesti lawat di Bandung
Imej dikreditkan: dolanyok.com

14. Jalan Asia Afrika

Melalui Jalan Asia Afrika pengunjung dapat menelesuri sejarah di Bandung melalui jalan ini. Dikelilingi dengan bangunan bersejarah seperti Muzium Asia Afrika. Jika bertuah kadangkala ada yang membuat persemnbahan di tepi jalan. Manakala setiap malam Sabtu, kawasan ini akan di tutup daripada dimasuki kenderaan dan anda dapat berjalan-jalan sambil menikmati kopi di kafe sekitar Jalan Braga yang terkenal dengan jolokan sebagai Art Street.

20 tempat mesti lawat di Bandung
Imej dikreditkan: adantour.com

15. Kampung Korea

Kampung Korea yang terletak di Bandung dibangunkan dengan konsep mini Seoul kerana bangunan yanag dibuat sama seperti rumah hanok (rumah tradisi Korea). Tidak hanya bangunan yang sama seoerti rumah tradisi Korea, lebih menarik lagi petunjuk arah juga menunjukkan nama-nama jalan di Seoul, ibu kota beserta dengan tulisan Hangul. Kampung ini turut lengkap menjual produk-produk dari Korea dan juga terdapat restoran dengan tema Korea yang menawarkan hidangan asli ala Korea.

20 tempat mesti lawat di Bandung
Imej dikreditkan: dibandung.net

16. Amazing Art World

Menempatkan muzium 3D yang terbesar di Indonesia dengan keluasan 15,500 meter persegi. Amazing Art World menandingi saiz muzium 3D lain yang wujud di Indonesia. Muzium ini terbahagi kepada 8 zon berbeza iaiyu Aqua, Animal, Media, Dinosaurus, Love, Winter, History dan Artistic. Antara yang menarik di sini adalah anda boleh bergambar seperti dipegang oleh Kingkong, cukup realistik! Jadikan tempat ini sebagai 20 tempat mesti lawat di Bandung ya.

*Tips – Jangan lupa untuk membawa kamera dengan bateri yang penuh, lagi selamat, bawa power bank sekali!

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: www.okedisini.com

17.Air Panas Ciater

Terletak di kaki Gunung Tangkuban Perahu, berendam di Air Panas Ciater patut menjadi antara aktiviti penting yang anda lakukan semasa bercuti di Bandung. Udara yang sejuk dan segar dari kawasan pergunungan, dilengkapi dengan pemandangan yang menyegarkan dari gunung dan ladang teh, dan berendam pula di dalam air panas pasti mengasyikkan anda. Bukan itu sahaja, kandungan air panas ini juga dikatakan sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Bertambahlah kukuh alasan untuk anda ke sini.

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: www.jejakpiknik.com

18. Pasar Baru

Pasar Baru terkenal dalam kalangan pelancong Malaysia dan telah wujud sejak tahun 1884 lagi. Kenapa terkenal sangat pasal ini ya? Pernah anda dengar sesiapa yang ingin datang membeli-belah di Bandung sebab kain-kainnya yang murah? Di sini lokasinya. Harganya cukup murah mengalahkan harga-harga pakaian yang anda anda temui di Malaysia. Pasar ini sangat luas dengan 8 tingkat kesemuanya.

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: :bandung.jacktour.com

19.Kota Mini Lembang

Reka bentuk bangunannya dan cuaca di Lembang yang agak dingin membuatkan anda sekeluarga  terasa seperti berada di Eropah. Kota ini lengkap dengan pelbagai jenis infrastruktur yang indah dan aktiviti yang menarik. Setiap rumah ini memiliki fungsi yang berbeza bukan sekadar hiasan yang menarik dan unik bahkan juga menempatkan kelas memasak, kafe, rumah teddy bear dan banyak lagi

20 tempat mesti lawat di Bandung
Imej dikreditkan : tempatwisatadibandung.info

20.Rainbow Garden Lembang

Tarikan utama yang dapat pengunjung nikmati sekiranya menjejakkan kaki ke Rainbow Garden Lembang adalah taman bunganya yang indah persisi taman di negara Jepun, penuh dengan warna-warni dan bunga-bungaan mekar yang disusun mengikut warna pelangi. Terdapat juga gerai-gerai makanan di sini yang pasti membuatkan anda sentiasa kekenyangan . Antara sajian yang ada adalah seperti sate, soto Bandung, pizza dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang anda dengan berkunjung ke Rainbow Garden Lembang sebagai 20 tempat mesti lawat di Bandung.

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan:infojalanjalan.com