nor zahira No Comments

20 Tempat Wajib Singgah di Perth

20 Tempat Wajib Singgah di Perth

Anda Merancang Percutian Anda Untuk ke Perth Semasa Cuti Sekolah? Pastikan 20 Tempat Wajib Singgah di Perth. Ini Merupakan Destinasi Wajib Anda di Sana.

1.Careersham Wildlife Park

Caveersham Wildlife Park merupakan antara 20 tempat wajib singgah di Perth. Taman ini mempunyai lebih daripada 2000 haiwan, burung dan reptilia. Koleksi ini menjadikan CWP adalah taman terbesar yang memiliki hidupan liar asli persendirian di Australia Barat. Taman ini adalah tarikan bertaraf dunia di samping mengekalkan  sentuhan santai Aussie. Di sini juga mempamerkan banyak haiwan asli Australia yang unik seperti kanggaru, wombat, koala, burung-burung , biri-biri dan banyak lagi.

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: firststopsingapore.com

2. Motor Museum

Muzium ini mempamerkan lebih daripada 200 jens kenderaan bermula dari era kenderaan yang di tarik kuda sehingga kenderaan pada masa kini. Antara koleksi yang terkenal termasuk 1974 Leyland Force 7 Coupe (satu daripada hanya sepuluh di dunia), 1012 model T Ford, Phantom 6 Rolls Royce dan Torana A9X, jenis kereta yang digunakan oleh Peter Brock untuk berlumba. Selain itu, terdapat juga kereta perlumbaan Red Bill RB10 2014 yang dimiliki oleh pemandu Formula One Perth, Daniel Ricciardo yang menjadi tarikan utama kepada para pengunjung.

Imej dikreditkan: whitemanpark.com.au

3.Rottnest Island

Rottnest island hanya memiliki populasi sekitar 100 orang sahaja. tetapi dianggarkan 500,000 orang pelancong datang berkunjung ke sini. Agak-agak kenapa orang ramai tertarik untuk ke sini ya? Sudah pasti kerana pemandangan sekitar pulau yang sangat indah persis sebuah lukisan.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah snorkeling di Little Salmnon Bay dan Parker point yang kaya dengan hidupan laut yang penuh warna-warni, bersiar-siar menikmati keindahan flora dan fauna, menaiki rumah api Wadjemup Lighthouse untuk melihat panorama indah di sekitar pulau .

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: karmagroup.com

4.Margaret River Chocolate Factory

Margaret River Chocolate Factory merupakan kilang coklat terbesar di Australia yang terletak di Swan Valley. Terdapat beratus jenis produk coklat yang dihasilkan di sini. Tambahan pula, apa yang istimewanya di sini adalah pengunjung dapat merasai keenakkan coklat yang dihasilkan secara percuma. Jangan lepaskan peluang anda ke sini. Jadikan Margaret River Chocolate Factory antara 20 tempat wajib singgah di Perth. Anda pasti tidak akan menyesal!

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: chiitravel.wordpress.com

5. Pinnacles

Perjalanan dari bandar Perth ke padang pasir Pinnacles mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kawasan ini terdapat banyak batuan besar yang unik sesuai untuk dijadikan lokasi pengambaran anda. Di sinilah terdapat pemandangan yang menakjubkan dengan formasi batu kapur yang membentuk ribuan tiang-tiang terpacak berwarna kuning di tengah-tengah padang pasir. Jom jadikan tempat ini 20 tempat wajib singgah di Perth apabila anda berkunjung ke ke bumi Australia.

Imej dikreditkan: westernaustralia.com

6.Yanchep National Park

Terdapat Wildflower Garden di Yanchep National Park dengan pelbagai jenis tumbuhan dan bunga. Selain itu, lebih menarik ada lebih daripada 600 buah gua, tasik-tasik, dan ruang berjalan kaki. Pengunjung juga boleh melihat koala yang comel sambil berjalan di atas laluan papan yang disediakan sepanjang 240 meter. Anda pasti terpesona dengan keindahan flora dan faunanya apabila berkunjung ke sini.

Imej dikreditkan: aussieperthtours.com.au

7. Lancelin

Apa yang menarik di Lancelin adalah meneroka padang pasir yang berwarna putih dengan langit Perth yang membiru. Di samping itu pengunjung boleh mencuba pengalaman baru melalui aktiviti sandboarding. Jangan risau jika tidak pandai bermain sandboarding kerana caranya sama seperti  bermain bermain snowboard. Anda dinasihatkan memakai sunblock dan pelindung mata apabila berkunjung ke sini!

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: hunterandbligh.com.au

8. Fremantle Prison

Menempatkan sekitar 15,000 kolesi yang menceritakan sejarah, pengalaman pekerja dan banduan-banduan yang pernah berada di Fremantle Prison. Ia adalah sebuah muzium yang lengkap bukan sahaja menyimpan barangan artifak , malahan juga transkrip temubual mereka yang terlibat dengan Fremantle Prison. lebih menarik lagi, pengunjung boleh mendengar rakaman suara banduan, staf dan ramai lagi di Battye Library Oral History Collection. 

20 tempat wajib singgah di Perth
Imej dikreditkan: fremantleprison.com.au

9. Mandurah Dolphin Cruise

Di Mandurah Dolphin Cruise pengunjung akan mendapat pengalaman berharga melalui pelayaran menaiki cruise dengan melihat ikan lumba-lumba secara realiti. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pemandangan dan persekitaran semula jadi yang sangat cantik di perairan Mandurah. Jadikan Mandurah Dolphin Cruise antara 20 tempat wajib singgah di Perth untuk melihat ikan lumba-lumba yang pasti menyeronokkan. Rugi jika anda tidak jadikan tempat ini  sebagai destinasi pilihan anda apabila berkunjung ke Perth. 

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: cn.tripadvisor.com

10. E-Shed

E-shed merupakan tempat untuk membeli cenderahati kerana harganya lebih murah berbanding tempat lain di Perth. Menempatkan kedai yang terkenal di dalamnya seperti Assin. Jika dahulu terdapat kedai Megabes yang turut sama terkenal tetapi Megabes kini telah berpindah ke Fremantle Market. Bagi Muslim jangan risau mengenai makanan halal kerana di E-Shed terdapat gerai yang menjual makanan halal yang semestinya sedap.

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: tripadvisor.com.my

11. Bell Tower

Bell tower merupakan salah satu tarikan yang unik yang mesti dilawati di Perth. Ia adalah instrumen muzik yang terbesar di dunia dengan ketinggian 82.5 meter. Di menara ini terdapat 12 buah loceng yang di datangkan dari sebuah gereja terkenal di London yang dikatakan telah wujud sejak abad ke -14 lagi. Anda boleh jadikan Bell tower sebagai antara 20 tempat wajib lawat di Perth untuk menyaksikan pemandangan 360 darjah sekitar Perth dan Swan River dari menara ini.

Imej dikreditkan: .goldendeluxe.com.my

12. Elizabeth Quay

Anda pasti terpesona dengan keindahan Elizabeth Quay apabila berkunjung ke Perth.  Ini adalah antara lokasi 20 tempat wajib singgah di bumi Perth Australia. Terdapat banyak tarikan yang ada di sini seperti taman permainan, BHP Biliton Water Park, gerai-gerai makan dan banyak lagi. Manakala antara aktiviti yang menarik di sini adalah menaiki Segway, feri dan gondala yang di sediakan ataupun berjalan-jalan di sekitar sungai. Anda juga boleh berjalan- jalan di jambatan  yang terkenal dengan latar belakang yang sangat cantik untuk bergambar terutamanya pada waktu malam.

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: 1zoom.me

13. Fremantle Market

 Fremantle Markets dibina pada tahun 1897, merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan yang terpenting di Fremantle. Pelbagai barangan dari barang-barang antik, hasil kayu, barangan kulit sehinggalah ke barangan basah terdapat di sini. Selain itu juga, terdapat pelbagai gerai yang menjual groceries, makanan dan cenderamata di sini. 

Imej dikreditkan: danarif.com

14.Midland Gate Shopping Centre 

Midland Gate Shopping Centre terletak hanya 15 km dari timur laut Perth. Ia adalah salah satu dari 3 buah pusat membeli-belah di Western Australia yang menempatkan tiga buah kedai serbaneka murah iaitu, Big W, Target, dan K Mart. Midland Gate Shopping Centre adalah lokasi yang sesuai bagi barangan yang berkos rendah atau mid-range jika ingin mengisi waktu lapang.

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: cmseng.com.au

15. Kings Park

Menikmati panorama yang memukau hati pengunjung di bandar Perth dan Swan River dari Kings Park. Taman ini digelar Raja Segala Taman kerana cukup lengkap dengan pelbagai tarikan yang menarik untuk bersiar-siar. Selain itu, ia juga merupakan taman di dalam kawasan bandar yang terbesar di dunia. Pengunjung boleh menaiki DNA Tower yang terletak di sini untuk menikmati pemandangan sekitarnya yang sangat mempesonakan. Kings Park turut kaya dengan flora dan fauna termasuklah sepohon pokok yang sudah berusia 750 tahun. 

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: australia.com

16. Avon Valley

Setibanya di Avon Valley, anda akan dapat melihat keindahan kawasan perkampungan yang sangat menenangkan jiwa lebih-lebih lagi pada musim bunga . Anda boleh menaiki belon udara panas, paragliding dan skydiving untuk melihat pemandangan di sekitar Avon Valley dari sudut yang berbeza. Tidak ketinggalan juga anda boleh melawat galeri-galeri seni,  kedai-kedai antik, muzium dan pelbagai tarikan bersejarah yang terdapat di sini.

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: avonvalleywa.com.au

17. Penguin Island

Anda akan menaiki feri untuk ke Penguin Island, sambil melihat ikan lumba-lumba dan singa laut yang berkeliaran di sekitar perairan.  Di Penguin Island, anda berpeluang mendekati penguin-penguin yang tercomel dan terkecil di dunia. Selain itu, pelbagai aktiviti seperti snorkeling, berenang, berjalan -jalan sambil menikmati pemandangan flora dan fauna di sekitar pulau yang cukup mendamaikan.

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: penguinisland.com.au

18. The Perth Mint

The Perth Mint adalah sebuah tempat penghasilan syiling yang di buka pada tahun 1899. Di sini anda boleh melihat demonstrasi proses pelaburan emas tradisional . Tambahan lagi, anda akan dapat melihat duit syiling yang terbesar dan paling bernilai di dunia. Sebelum pulang,  anda juga boleh menempa medallion yang bertulis dengan kata-kata yang di sukai dengan harga yang bermula dari AUD 17. Menarik bukan tempat ini. Ayuh berkunjung ke The Perth Mint sebagai 20 tempat wajib lawat di Perth. 

Imej dikreditkan: trekearth.com

19.Blue Boat House

Blue Boat House adalah binaan yang semakin popular di kalangan penduduk tempatan  dan juga pelancong luar negara. Lokasi rumah yang unik membuatkan tempat ini dikunjungi bagi mereka yang mahu memenuhkan koleksi gambar di Perth.

* Tips- Jangan datang ke sini di awal pagi kerana back light untuk bergambar. Cuba ke sana pada  12 tengahari ke atas kerana ketika ini cahaya matahari menyinari rumah bot. Pasti anda akan berpuas hati  dengan koleksi gambar anda.

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: flickr.com

20. Hillarys Boat Harbour

Hillarys Boat Harbour  adalah antara 20 tempat wajib singgah di Perth. ia adalah lokasi pilihan ramai orang untuk membuat pelbagai aktiviti bersama keluarga. Di sinilah juga terletaknya AQWA ataupun The Aquarium of Western Australia yang menempatkan pelbagai hidupan laut yang terdapat di lautan Western Australia. Antara tarikan lain yang terdapat di Hillarys Boat Harbour  adalah penerbangan helicopter,  menaiki kapal layar atau bot, memancing, bermain gelongsor air, menyelam skuba dan banyak lagi. Anda pasti akan seronok apabila ke sini!

Imej dikreditkan: The West Australian