nor zahira 2 Comments

20 Tempat Menarik Wajib Pergi di Seoul

20 Tempat Menarik Wajib Pergi di Seoul Korea

Anda Merancang Percutian Anda Untuk ke Korea Semasa Cuti Sekolah? Jom berkunjung Ke 20 Tempat Menarik Wajib Pergi di Seoul. Pastikan Ini Merupakan Destinasi Wajib Anda di Sana.

1.Bukchon Hanok Village

Bukchon Hanok Village ini merupakan antara 20 tempat menarik wajib pergi di Seoul Korea yang terletak di kawasan perumahan tradisional Hanok. Terdapat beratus-ratus Hanok di kawasan ini yang terletak di kawasan ini yang menjadikannya antara tempat tumpuan pelancong terutamanya bagi mereka yang meminati senibina dan fotografi. Ini kerana senibinanya unik dan sangat menarik. Di sini anda boleh menyewa Hanbok iaitu pakaian tradisi orang Korea dan bergambar di sekeliling Bukchon Hanok Village.

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : traveltriangle.com

2. Nami Island

Nami Island juga antara 20 tempat menarik wajib pergi di Seoul Korea yang merupakan lokasi terbaik untuk merehatkan minda anda. Tempat ini berkeluasan 553 560 km dan dipenuhi dengan pokok-pokok chestnut.  Menjadikan pulau ini leih terkenal kerana di sini lokasi pengambaran drama popular Korea iaitu Winter Sonata. Di Nami Island, anda berpeluang menikmati  pemandangan indah dengan melihat pokok, patung winter sonata. Selain itu, di sini juga terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Musim paling menarik untuk datang ke Nami Island adalah semasa  winter kerana kita dapat melihat Nami Island dipenuhi salji tebal yang berwarna putih.

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : mylittleadventure.fr

3. Petite France

Petite France merupakan Little France yang diilhamkan oleh seorang peniaga yang kerap melancong ke Perancis. Kerana jatuh cinta dengan keunikan dan keindahan negara Perancis, maka beliau mendapat idea untuk membina Little France di Seoul.  Di Petite  France terdapat bangunan berwarna-warni yang mirip seperti di kota France. Anda akan rasa seolah berada di kota cinta tersebut tetapi anda sebenarnya di Korea. 

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : straitstimes.com

4. Seoul Central Mosque

Seoul Central Mosque terletak di ItaewonSeoul Central Mosque terletak di antara Sungai Han dan Namsan, berkeluasan 1,500 meter persegi. Masjid ini terdiri daripada pejabat, bilik kuliah, dewan solat utama di tingkat 2 dan dewan solat wanita di tingkat 3. Di sini juga terdapat sebuah madrasah dinamakan Prince Sultan Islamic School. Jika anda ke Itaewon, jangan lepaskan  peluang untuk bergambar kenangan di hadapan masjid yang indah ini. Sangat rugi jika anda tidak jadikan masjid ini sebagai 20 tempat menarik wajib pergi di Seoul Korea. 

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : flickr.com

5. Namsan Tower

N Seoul Tower atau juga dikenali sebagai Namsan Tower. Ia adalah sebuah menara komunikasi dan pemerhatian terletak di Namsan Mountain di pusat bandar Seoul. Di bahagian atas N Plaza, terletaknya Roof Terrace iaitu kayu yang luas dimana beribu-ribu padlocks dilekatkan padanya oleh pasangan kekasih. Tujuannya adalah sebagai lambang kasih sayang abadi mereka. Ia juga merupakan tempat yang paling strategik untuk menikmati keindahan Seoul dan masa yang paling sesuai untuk ke N Seoul Tower ini adalah pada waktu matahari terbenam. Jadikan Namsan Tower sebagai 20 tempat menarik wajib pergi di Seoul Korea untuk mengunci cinta abadi anda. 

Imej credit : civitatis.com

6. Hangang Park

Hangang Park terletak di tepian Sungai Hangang. Hangang Park merupakan sebuah taman rekreasi yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk anda beraktiviti bersama keluarga di waktu petang. Antara aktiviti yang dilakukan di sini ialah berbasikal, bermain bola keranjang, bola tampar, tenis, berkelah dan macam-macam lagi. Waktu paling menarik untuk dikunjungi Hangang Park adalah pada waktu petang tetapi keadaan di sini agak sesak kerana ramai penduduk tempatan datang untuk beriadah. 

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : pinterest.com

7. Gyeongbokgung Palace

Gyeongbokgung Palace merupakan istana yang utama dan terbesar daripada lima Grand Palaces yang dibina oleh Dinasti Joseon. Di sini pengunjung berpeluang merasai pengalaman Change of Guards Ceremony yang dijalankan setiap hari (kecuali pada hari Selasa) pada pukul 10.00 am dan 2.00 pm selama 20 minit. Apabila tiba musim cuti, terdapat ramai pelancong yang berkunjung di sini dan keadaan agak sesak. Jom jadikan beberapa minit anda seperti berada di zaman Joseon dengan berkunjung ke sini sebagai  20 tempat menarik wajib pergi di Seoul Korea.

Imej credit : lonelyplanet.com

8. War Memorial and Museum

War Memorial and Museum terletak di Yongsan-gu, Seoul. Di sini mempamerkan dan memelihara bahan yang berkaitan dengan Perang Korea. Ia berfungsi sebagai tempat pendidikan moral negara. Muzium itu menempatkan kira-kira 33000 artifak dengan kira-kira 10000 dipamerkan di dewan pameran dalam dan di dewan luar. Untuk mengetahui sejarah Korea dan menambah ilmu pengetahuan bolehlah anda datang ke muzium ini.

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : en.wikipedia.org

9.Trickeye Muzium Hongdae

Trickeye Museum di Hongdae menggabungkan seni dengan teknologi hi-end yang dipanggil AR (Reaksi Augmented) dan ilusi 2D/3D. Di sini, pelawat boleh berinteraksi dengan lukisan menggunakan aplikasi Trickeye Camera. Teknologi ini baru dibangunkan untuk membuatkan gambar hidup menjadi sebahagian daripada  karya seni dan merakamnya pada video atau gambar. Sangat menarik kerana ilusi 3D di sini seakan gambar sebenar!

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : theseoulguide.com

10. Seoul Grand Park

Seoul Grand Park antara 20 tempat menarik wajib pergi di Seoul Korea yang berkeluasan kira-kira 9,157,000 m. Antara tempat-tempat yang menarik di Seoul Grand Park ialah Zoo Seoul Grand Park , Zoo kanak-kanak, taman bunga mawar, taman hiburan Seoulland, dan Muzium Seni Moden dan Kontemporari Kebangsaan, Gwancheon. Selain itu, di Zoo Seoul ini terdapat 3000 ekor haiwan yang terdiri daripada kira-kira 350 spesies dari seluruh dunia. Seoul Grand Park sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana di sini terdapat taman khas di sediakan untuk kanak-kanak. 

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : tripzilla.ph

11. SM Town Gallery

SM Town Gallery adalah khas untuk si peminat Kpop. S.M.Entertainment merupakan salah satu daripada syarikat hiburan gergasi di Korea Selatan. Pada 14 Januari 2015, S.M Entertainment telah membuka secara rasmi SMTOWN yang terletak di COEX Artium. Bagi peminat Kpop jangan lepaskan peluang untuk pergi ke SM Town Gallery. Ada rezeki mana tahu anda dapat berjumpa dengan artis-artis Korea di sini. 

Imej credit : koreatimesus.com

12. Cheonggyecheon Stream

Cheonggyecheon Stream adalah sungai yang indah sepanjang 10.92 KM yang dikelilingi dengan pokok-pokok dan bangunan komersil yang tinggi. Terdapat dua jambatan terkenal yang menyeberangi aliran yang boleh anda lawati iaitu Jambatan Narae dan Jambatan Gwanggyo. Apa yang menariknya di sini, semasa perayaan Lantern Korea pada bulan November , anda akan berpeluang untuk melihat banyak reka bentuk tanglung yang cantik dengan saiz besar. Tanglung ini akan menyala pada waktu malam dan terapung di atas air. Jom berkunjung ke Cheonggyecheon Stream sebagai 20 tempat menarik wajib pergi di Seoul Korea untuk menyaksikan pemandangan tanglung yang berwarna warni. 

 

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : preparetravelplans.com

13. Ewha Womans University

Ewha Womans University adalah universiti swasta wanita di Seoul, Korea Selatan . Universiti ini di asaskan pada tahun 1886 oleh Mary F. Scranton di bawah Maharaja Gojong. Menariknya ia kini merupakan institut pendidikan wanita terbesar di dunia dan merupakan salah satu daripada universiti paling berprestij di Korea Selatan. Seni bina universiti ini sangat unik dan ini menjadi tarikan pelancong untuk bergambar. Jadi bolehlah anda cipta kenangan dengan bergambar seperti seorang pelajar apabila berkunjung ke universiti ini. 

Imej credit : area arch.it

14. Insadong Street

Insadong Street menjangkau lebih 700 meter antara Anguk-dong Rotary dan Tapgol Park. Ia merupakan tempat yang unik dipenuhi dengan kedai menjual barangan kraftangan Korea terutamanya di Samziegil, kedai-kedai tembikar dan lukisan. Pelbagai acara seni dan festival sering diadakan di sepanjang jalan yang menawarkan peluang bagi pelancong untuk mengenali dengan lebih mendalam seni dan kebudayaan tradisional Korea.

Imej credit : English.visitkorea.or.kr

15. Myeong-dong Market

Myeong-dong Market merupakan syurga bagi seorang wanita. Di sini terdapat pelbagai kedai-kedai menjual barangan buatan Korea di mana ia di dominasi oleh kedai-kedai menjual produk kecantikan  terkenal seperti Nature Republic, Tony Moly dan sebagainya. Selain itu, di sini juga terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh anda cuba seperti Rose Shape Gelato Ice Cream, spicy topokki, oden, hotteok, ais krim 32 sentimeter dan macam-macam lagi. Tapi sebelum membeli pastikan anda lihat penjual dan logo halalnya terlebih dahulu. Ayuh jadikan pasar ini sebagai 20 tempat menarik wajib pergi di Seoul Korea untuk mencuba sesuatu yang baru di sini. 

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : prepairtravelplans.com

16. Namdaemun Market

Namdaemun Market adalah sebuah pasar yang wajib anda kunjungi. Di sini terdapat 17000 buah gerai. Harga yang ditawarkan di pasar ini cukup murah.  Di sini juga terdapat pusat jualan borong.  Ia memang lokasi yang terbaik jika anda mahu membawa cenderamata bagi insan tersayang. Barangan yang terkenal di sini adalah kerongsang. Jadi jangan lupa untuk tawar menawar dengan ajumma atau ajushi yang berniaga di sini. Disamping itu, anda pasti berpuas hati dengan layanan mesra yang diberikan oleh penjual  sepanjang membeli-belah di sini. 

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit :english.visitkorea

17. Dongdaemun Market

Dongdaemun juga merupakan pasar yang terkenal sebagai syurga beli-belah bagi pelancong. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Seksyen 1 yang terletak  di sekitar Doosan Tower . Manakala Seksyen 2 pula di sekitar Dongdaemun Design Plaza and Park. Pusat membeli belah yang besar di Seksyen 1 menjual barangan borong dan runcittetapi kebanyakannya berurusan dengan pelanggan pada harga runcit. Pusat membeli-belah utama adalah Doosan Tower, Migliore dan Hello APM. Nasihat untuk anda adalah sediakan duit secukupnya untuk membeli belah di sini.

Imej credit : Travelvui.com

18. Gwangjang Market

Gwangjang Market merupakan pasar yang tertua di Seoul yang dibina pada tahun 1905. Di sini terdapat banyak penjual  yang menjual tekstilsutera, linen, cadar, hanbok (pakaian tradisional Korea), baju terpakai dan banyak lagi. Para pengunjung boleh membeli kain sutera asli Korea di pasar ini dengan harga yang murah dan berbaloi. Anda boleh jadikan pasar ini sebagai 20 tempat menarik wajib pergi di Seoul Korea untuk membeli belah dengan harga yang murah.

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : http: chloewl.blogspot.com

19. Everland Theme Park

Taman Tema Everland merupakan taman tema terbesar di Korea dan diuruskan sepenuhnya oleh Samsung  C&T Corporation, anak syarikat Samsung Group. Tarikan utama di sini adalah T Express-Roller iaitu roller coaster kayu dan ia merupakan roller coaster ke-5 terpantas di dunia. Jangan lepaskan peluang anda untuk menaiki roller coaster di taman tema ini. Selain itu,  di sini juga terdapat taman bunga yang dihiasi dengan pelbagai jenis bunga mengikut tema dan tempat-tempat untuk bergambar. Waktu terbaik untuk ke sini ialah pada musim bunga. 

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : my.carousell.com

20. Lotte World

World Lotte adalah antara 20 tempat menarik wajib pergi di Seoul yang  terletak di Jamsil. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu indoor Adventure Theme dan Magic Island Theme. Indoor Adventure Theme setinggi 4 tingkat yang sesuai untuk anak-anak  kecil. Manakala Magic Island Theme yang terletak di sebelah luar berhampiran Tasik Seokchonhosu pula lebih sesuai untuk pengunjung dewasa. 

20 tempat menarik wajib pergi di seoul korea
Imej credit : English.visitkorea.or.kr
nor zahira No Comments

20 Tempat Menarik Wajib Singgah di Melbourne

20 Tempat Menarik Wajib Singgah di Melbourne

Anda Merancang Percutian Anda Untuk ke Melbourne Semasa Cuti Sekolah? Pastikan 20 Tempat Mesti Lawat di Melbourne Ini Merupakan Destinasi Wajib Anda di Sana.

1. Muzium Melbourne

Kalau anda berminat dengan sejarah dan warisan Melbourne masuklah ke Muzium Melbourne. Muzium ini letaknya bersebelahan dengan bangunan Royal Exhibition. Di sini anda akan mendalami sejarah kewujudan dan pembangunan Australia. Terdapat juga pameran pelbagai spesies haiwan di dunia serta pameran sains dan teknologi yang pasti menyeronokkan pengunjung yang berkunjung ke muzium ini. Muzium Melbourne sangat sesuai di jadikan  sebagai 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne.

20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : wandering.world

2.Yarra River Cruise

Di Yarra River pengunjung akan dapat melihat pinggir bandar Melbourne, taman-taman dan kedai-kedai di pinggir Sungai Yarra. Antara aktiviti yang menarik di sungai Yarra ini, pengunjung boleh mengharungi sungai Yarra yang terletak di tengah-tengah bandar Melbourne dengan menaiki cruise.

Cruise terbahagi kepada 4 jenis ;

20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
imej dikreditkan : Urban Melbourne.com

3.Royal Botanical Garden

Royal Botanical Garden dibina pada tahun 1845 merupakan antara hutan simpan terbesar di Melbourne dan salah satu taman botani yang terbaik di Australia. Taman ini mengumpulkan lebih daripada 12,000 spesies dan lebih daripada 30,000 tumbuh-tumbuhan dan bunga dari seluruh dunia yang terdiri daripada tumbuhan yang telah berusia beribu tahun. Ia juga menempatkan lebih daripada 10,000 bunga dan tumbuhan herba eksotik yang digunakan sebagai ubat tradisional untuk pelbagai penyakit. Taman ini sangat sesuai dan wajib dilawati kerana ia mempunyai landskap flora yang sangat menarik.

20 tempat menarik wajib singgah di melbourne
Imej dikreditkan : overseasattractions.com

4. Direct Factory Outlet (DFO)

DFO gemar dikunjungi oleh pengunjung kerana harga barangan di DFO adalah lebih murah berbanding di kedai biasa. Anda suka mengumpul koleksi pinggan mangkuk Correlle dan Pyrex? Di sini adalah tempat yang tepat yang perlu anda kunjungi. Jangan lupa berkunjung  ke sini sebagai 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne.

20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : bagstogo.com.au

5. Phillip Island

i. Maru Koala & Animal Park

Lawatan sepenuh hari di Phillip Island dimulakan dengan mengharungi perjalanan sejauh 145 kilometer  yang akan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Persinggahan pertama di Phillip Island adalah melawat Maru Koala & Animal Park.

  • Tempat ini merupakan sebuah pusat pemeliharaan haiwan seperti kanggaru, koala, burung unta dan lain-lain.
  • Ambil kesempatan untuk bermesra dengan haiwan-haiwan di sini terutamanya kanggaru dan koala yang sememangnya sinonim dengan benua Australia.
  • Anda juga boleh membeli tiket tambahan untuk bergambar dan membelai secara dekat dengan haiwan koala ini. 
20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : mammaknowseast.com.au

ii. Churchill Island Heritage Farm

Lawatan  pakej pelancongan ke Melbourne diteruskan dengan melawat ke sebuah pulau yang dinamakan  Churchill Island Heritage Farm. Pulau ini menempatkan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan tarikan utamanya adalah aktiviti mengembala kambing biri-biri. Antara aktiviti lain yang ditawarkan di sini adalah melihat sendiri proses mendapatkan bulu biri-biri, melatih anjing buruan , dan bersiar-siar di sekeliling pulau dengan menaiki kereta kuda. jom kunjungi  Churchill Island Heritage Farm sebagai 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne.

Imej dikreditkan : visiteiffel.com

iii. Phillip Island Chocholate Factory

Destinasi seterusnya jika anda menginginkanpakej pelancongan ke Melbourne adalahPhillip Island Chocolate Factory. Rugi jika anda tidak Phillip Island Chocolate Factory sebagai  20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne.

  • Anda boleh melihat dan merasai sendiri pengalaman memproses coklat dari peringkat awal hingga ke pembungkusan. 
  • Kilang ini juga terdapat sebuah restoran halal yang menyediakan menu seperti Nasi Beriani, ayam panggang dan pelbagai lagi makanan. Ini memudahkan sesi pencarian makanan halal di sekitar Philip Island. 
20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : visitmelbourne.com

Tahukah Anda ?

Di Melbourne terutamanya di kawasan luar bandar sememangnya agak sukar untuk mendapatkan makanan yang halal. Situasi ini sebaliknya jika berada di kawasan bandar. Makanan halal yang menepati selera Melayu sangat mudah untuk didapati dengan harga dan kuantiti yang sangat berbaloi. Jadi jika anda membuat keputusan untuk mengikuti pakej pelancongan ke Melbourne, pakej ini turut membawa anda berjalan ke luar kawasan bandar. Pastikan anda membawa bekalan makanan sebagai alas perut seperti roti, coklat, atau buah-buahan.

iv. Koala Conservation Centre

Lawatan di Phillip Island diteruskan dengan melawatKoala Conservation Centre. Pusat ini merupakan  antara pusat  pemeliharaan yang terbesar di Australia terutamanya bagi usaha  memelihara haiwan koala.  Pusat ini juga mempunyai haiwan lain yang hidup meliar dan tinggal secara semula jadi seperti walabi dan kelawar. Hasil lawatan ke pusat ini, anda akan dapat mengenali  spesies haiwan koala dengan lebih mendalam lagi.

20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : bunyiptours.com

v. Nobbie centre

Nobbie centre merupakan kawasan yang menyediakan pemandangan indah dengan  anjung tinjau yang melingkar dikawasan tebing pantai. Dengan kesegaran tiupan angin deras dari lautan pasti akan membuatkan anda seolah-olah berada di awang-awangan. Bunyinya seakan sangat mengagumkan bukan? Ya, anda betul. Jom jadikan tempat ini sebagai 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne.

Imej dikreditkan : visitphillipisland.com

vi. Penguin Parade

Pakej pelancongan ke Melbourne diteruskan dengan menyaksikan perarakan burung penguin pulang ke pesisiran pantai di Penguin Parade. 

  • Lihat sendiri haiwan ini pulang secara berkumpulan ke tempat tinggal masing-masing setelah seharian berada di lautan untuk mencari makanan. 
  • Haiwan ini dijaga dengan sangat berhati-hati oleh pihak organisasi sehinggakan para pengunjung di nasihati supaya tidak mengambil walau sekeping gambar pon dan tidak dibenarkan sesekali untuk memegang haiwan ini.

Ini akan menjadi antara pengalaman yang menarik dalam sejarah hidup anda. 

20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikeditkan : grayline.com.au

6. Queen Victoria Market

Pasar Queen Victoria adalah pasar terbuka yang besar di kotaraya Melbourne.  Ia terletak di tengah-tengah kawasan bandaraya Melbourne, merupakan antara destinasi ‘wajib singgah’ bagi pengunjung yang ingin ke Melbourne.  Pasar ini memiliki keunikkan senibina bangunannya yang tersendiri serta menyediakan pelbagai jenis cenderahati dan buah-buahan tempatan yang segar dengan harga yang berpatutan. Pasar ini terbahagi kepada 5 kawasan iaitu, bahagian Cenderahati, Pasar Organik, Pasar Sayur dan Buah-buahan, Pasar Makanan Kering dan Food Court. Jom jadikan Queen Victoria Market antara 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne sebagai destinasi percutian anda. 

20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : sbs.com.au

7. Brighton Bathing Boxes Beach

Pantai Brighton merupakan pantai tumpuan di Melbourne yang sesuai untuk mereka yang gemar akan aktiviti sukan air. Jika tidak berhajat untuk melakukan aktiviti air, anda boleh bersiar-siar di sepanjang pantai ini. Antara tarikan utama di sini terdapat rumah-rumah kedai kecil milik persendirian yang dicat dengan jalur bendera daripada pelbagai negara. Ini membuatkan pemandangan di persisiran pantai kelihatan  sangat menarik. Pemandangan di persisiran pantai sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk bergambar bersama keluarga. 

20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : veltra.com

8. Princes Pier

Princes Pieratau Jeti Putera-Putera pada suatu masa dahulu digunakan sebagai jeti pendaratan untuk ke Melbourne. Nama Princes Pierini diambil bersempena kedatangan putera-putera raja British yang melawat Bandar Melbourne. Stuktur binaan pelabuhan ini telah diperkemas supaya sesuai untuk dijadikan antara tempat persinggahan yang epik kerana pengunjung akan masih dapat melihat sturuktur binaan lama berupa  pasak -pasak kayu yang masih berdiri teguh sehingga kini.

Imej dikreditkan : en.wikipedia.org

9. Melbourne Star Observation Wheel

Lawatan seterusnya bagi pakej pelancongan ke Melbourne adalah  berkunjung keMelbourne Star Observation Wheel. di sini anda akan menyaksikan panorama seluruh Bandar Melbourne dari tempat yang tinggi dan pasti membuatkan anda terpaku seketika dengan kecantikan bandar ini lebih-lebih lagi pada waktu malam. Pengunjung akan berada dalam kapsul ini selama 30 minit dengan bayaran sebanyak Rm90. 

20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : melbournestar.com/

10.Great Ocean Road

Perjalanan sejauh lebih 200 kilometer ini akan membawa pengunjung ke kawasan persisiran pantai yang terdiri daripada beberapa tempat persinggahan. Tempat-tempat ini pasti akan memukau  setiap mata yang memandang. 

20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : grayline.com.au
  • Antara tempat persinggahan yang boleh dikunjungi adalah : 
  • Bella Beach | Aireys Inlet | Great Otway National Park | Apollo Bay | The Twelve Apostles | Loch Arch | Loch Ard Gorge 

Selain berkunjung ke Great Ocean Road, pengunjung juga boleh memilih untuk melawat kePuffing Billy Steam Train atau memilih untuk melakukan aktiviti memetik buah-buahan di Rayners Orchard. Tempat ini sesuai bagi mereka yang lebih cenderung untuk memilih destinasi yang lebih dekat dengan bandar Melbourne. Perjalanan ke kedua-dua tempat ini dari bandar Melbourne akan mengambil masa lebih kurang 1 jam. 

Tahukah Anda?  

Puffing Billy Steam Train pada asalnya merupakan landasan dan stesen keretapi untuk mengangkut barangan dan kini telah diubahsuai menjadi keretapi penumpang. Pelanggan yang mengikuti pakej pelancongan ke Melbourne akan dapat merasai sendiri pengalaman menaiki keretapi wap di  Puffing Billy Steam Train sambil menyaksikan keindahan semulajadi. 

Imej dikreditkan : grayline.com

11.Sunny Ridge Strawberry Farm

Nikmati pengalaman berharga dengan memetik strawberry di bumi kangaroo yang pasti berbeza dengan ladang strawberry yang lain. Ini kerana kebun strawberry ini terletak di tepi pantai. Selain itu, terdapat banyak jualan produk yang berasaskan strawberry seperti jem “home made” dan juga pelbagai manisan yang dapat di temui di sini.  Perjalanan memandu dari pusat bandar Melbourne ke Sunny Ridge Strawberry Farm mengambil kira-kira 1 jam memandu kereta. 

20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : snapshotsoffood.blogspot.com

12. Eureka Tower (Eureka Skydeck 88)

Pengunjung boleh menikmati permandangan 360 °  dari bangunan pencakar langit di bandar kedua terbesar di  Australia dari udara. Menara ini berkonsepkan seni bina moden setinggi 91 tingkat hasil rekaan arkitek Nonda Katsalidis. Antara aktiviti yang boleh di lakukan di sini seperti makan, minum dan anda juga boleh menghantar kad pos dari peti mel tertinggi di hemisfera selatan. Jadikan Eureka Tower antara list 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne ya!

20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : klook.com

13. Luna Park

Terletak di St Kilada, Taman tema Luna Park, Melbourne merupakan taman tema yang cantik dan destinasi  wajib di lawati di Melbourne. Pengunjung akan merasai pengalaman menaiki roller coaster dan banyak lagi permainan lain  Scenic Railway, Silly Serpent, Twin Dragon, Metropolis, Holodeck, Betty Choo Choo, The Power Surge, Road Runner, Mirror Maze, Street Legal Dodgem, Spider, Sky Rider, Ghost Train, Arabian Merry, Red Baron, Coney Island Top Drop, Enterprise, Carousel, Paraoh’s Curse. Jangan lepaskan peluang mencipta kenangan bersama orang yang tersayang di sini.

20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : hiddencitysecrets.com.au

14. National Gallery of Victoria.

Dibina pada tahun 1861 dan menjadi muzium tertuaterbesar, dan paling banyak dilawati di Australia. ia terletak di St Silka Road, Melbourne. Muzium ini merupakan salah satu galeri seni yang menakjubkan. Muzium ini dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu seni Asia, seni Australia, seni antarabangsa, fotografi, cetakan dan lukisan. Terdapat juga  dua pameran istimewa iaitu Melbourne Winter Masterpieces dan NGV Triennial. 

20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : ngv.vic.gov.au

15. Shrine of Remembrance

Shrine of Remembrance terletak di St. Kilda Road dibina untuk memperingati tentera-tentera  mereka yang telah berkhidmat semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua.  Ia merupakan sebuah tempat yang menarik dengan pelbagai pameran di galeri yang di sediakan seperti Galleries of Remembrance, Gallery of Medal dan Private John Charlton Boer War Memorial. Jom jadikan tempat ini sebagai 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne.

20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : flickr.com

16. Severeign Hill

Sovereign Hill merupakan salah satu kota terpenting di  Australia pada masa demam emas (gold rushpertengahan 1800-an. Di muzium ini, pengunjung dapat mengenal sejarah dengan merasakan secara langsung kehidupan pada zaman tersebut. Replika bangunan-bangunan  seperti perpustakaan sekolah, hotel, dan rumah membentuk sebuah kota kecil yang memerlukan waktu seharian untuk dieksplorasi.

Terdapat banyak lagi kegiatan yang dapat dilakukan di Sovereign Hill. Berikut di antaranya: 

  • Mendulang Emas di Digging Creek 
  • Menonton Berbagai Pertunjukan Menarik 
  • Berkeliling Naik Kereta Kuda 
  • Bernostalgia Merasakan Jajanan Zaman Dulu 
  • Berfoto Mengenakan Kostum Zaman Victoria 
20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : tripexplore.in

17. Bendigo

Bendigo adalah antara 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne yang terkenal dengan seni bina gaya Eropah. Banyak galeri seni dan gereja membuat kejutan pada setiap masa. Galeri Seni Bendigo  salah satu galeri seni serantau yang paling lama dan terbesar di di Australia dan sering menganjurkan pameran bertaraf dunia sebagai tambahan kepada koleksi lukisan Australia yang luar biasa. Di sini pengunjung boleh merasai pengalaman menggunakan  roda tembikar di Bendigo Pottery. Jadikan tempat ini antara 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne dan rasai pengalaman yang menarik di sini.

20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : bendigoregion.com.au

18. Sea Life Melbourne Aquarium

Melbourne Aquarium adalah tempat yang menarik untuk dilawati terutama kanak– kanak. Pusat akuarium ini terletak  di tebing sungai Yarra. terdapat pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni dapat ditemui di sini. Akuarium ini sangat besar dan dibahagikan kepada beberapa seksyen. Di antaranya ialah Rainforest adventure, Crocodile Lair, Penguin Playground, Mangroves & Rockpools, Coral Atoll, Bay of Rays, Seahorse Pier, Mermaid Garden, Shipwreck Explorer dan Ocean Discovery. 

20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : melbournewithkidz.com

19. Flinders Street Station

Stesen Flinders Street adalah pusat utama hentian keretapi dan kawasan paling sibuk di Melbourne. Bangunan stesen ini telah siap pada tahun 1910 dan ia adalah stesen keretapi yang tertua di Melbourne.  Terdapat galeri bagi seniman mempamerkan lukisan dan bahan seni di ruang bawah (basement) stesen Flinders Street. Pengunjung akan dapat melihat di hadapan stesen bahagian bawah jam besarnya, terdapat seniman jalanan bermain muzik dan orang yang menjual bunga-bunga segar. 

20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : lovepik.com

20. Royal Exhibition Building

Bangunan Royal Exhibition terletak di Carlton Gardens adalah antara 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne. Carlton terkenal dengan landskap yang cantik dan telah mendapat pengiktirafan Warisan Dunia. Bangunan ini merupakan bangunan lama yang masih kekal dengan landskap yang asal dan masih beroperasi dengan baik yang telah dibina pada 1880. Dikenali sebagai tempat pameran pelbagai acara termasuklah Halal Expo Melbourne. 

20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne
Imej dikreditkan : visitmelbourne.com
nor zahira 2 Comments

20 Tempat Menarik di Sydney

20 Tempat Menarik di Sydney

Anda Merancang Percutian Anda Untuk ke Sydney Semasa Cuti Sekolah? Pastikan 20 Tempat Menarik di Sydney Ini Merupakan Destinasi Wajib Anda di Sana.

1. Taronga Zoo

Taronga zoo adalah antara 20 tempat menarik di Sydney yang wajib anda lawati. Tempat ini sesuai  untuk membawa keluarga untuk melihat keunikkan haiwanhaiwan di dalam zoo ini. Zoo ini mempunyai 4 ribu haiwan yang terdiri dari 350 spesis. Untuk pengetahuan anda, Taronga Zoo lebih mudah diakses menaiki feri dari Darling Harbour dan Circular Quay ke Wharf Ferry Taronga.

20 tempat menarik di Sydney
Imej credit : mrandmrsromance.com

2. Sydney Opera House

Sydney Opera House menjadi kebanggaan Australia dan Sydney, ia mercu kemodenan dan kecantikkan seni bina yang unik. Bangunan ini menjadi tempat wajib pelancong untuk menyaksikan pelbagai karnival dan event di Sydney. Rugi jika  anda tidak jadikan tempat ini sebagai 20 tempat menarik di Sydney  apabila berkunjung ke bumi Australia.

20 tempat menarik di Sydney
Imej credit : www.constructionglobal.com

3. Harbour Bridge

Harbour Bridge dahulu pernah menjadi jambatan keluli bergerbang terbesar di dunia. Ia dibina pada tahun 1926 dan mengambil masa selama 8 tahun untuk di siapkan. Panjang jambatan ini ialah 1149 meter dan terletak 134 meter dari aras laut. Selain kenderaan seperti kereta, bas dan lori, jambatan ini juga boleh dilalui oleh keretapi, basikal, dan pejalan kaki.  Jambatan ini terkenal kerana ia mewujudkan suasana yang dramatik, lebih-lebih lagi apabila ia digabungkan dengan Sydney Opera House, yang menjadi ikon utama bumi Australia ini. Cahaya lampu yang berwarna-warni dan pantulan cahaya-cahaya tersebut di permukaan air memberikan landskap yang sangat mengagumkan.

20 tempat menarik di sydney
Imej credit : Experience Sydney Australia

4.Sydney Tower

Sydney Tower terletak berhampiran dengan Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge. Ia merupakan bangunan ikonik di Sydney. Dengan ketinggian 305 meter, Sydney Tower merupakan menara tertinggi dan terletak di tengah-tengah  Central Business District (CBD). Dari dek pemerhati, pengunjung akan dapat melihat seluruh Bandar Sydney. Pada waktu malam, pemandangannya lebih memukau dengan kerlipan lampu yang menghiasi seluruh bandar. Harga tiket masuk ke dek pemerhati ialah AUD26.50 seorang untuk dewasa.

20 tempat menarik du sydney
Imej credit : istockphoto.com

5. Featherdale Wildlife Park

Pengunjung akan melihat haiwan ikonik Sydney seperti koala, kanggaru, wombat dan pelbagai lagi haiwan liar di Fearherdale  Wildlife Park. Jadikan Fearherdale  Wildlife Park antara 20 tempat menarik di Sydney yang anda wajib singgah  untuk musim cuti anda.

Imej credit : mylittleadventure.com

6. Cockatoo Island

Cockatoo Island telah diwartakan sebagai Unesco World Heritage yang bertempat di antara sungai Parramatta dan Lane Cove di Sydney Harbour, New South Wales Australia. Anda boleh berjalan-jalan sambil menikmati panorama yang indah di sekitar pulau. Jangan risau, tiada bayaran masuk di kenakan untuk ke Cockatoo Island.

20 tempat menarik di sydney
Imej credit : www.timeout.com

7. Paddy Market

Paddy Market adalah tempat mencari ole–ole atau hadiah yang dijual bermula dari baju, aksesori, permainan, keychain dan pelbagai lagi pilihan yang menarik untuk di bawa balik ke tanah air. Ia merupakan Flea Market terbesar di Sydney. Ia mempunyai 2 lokasi berbeza dan di buka pada hari yang berbeza. Paddy Market yang terkenal terletak di kawasan sekitar Chinatown yang mana di buka pada hari Rabu hingga Ahad sahaja. Jangan lupa jadikan Paddy Market antara 20 tempat menarik di Sydney sebagai destinasi membeli-belah anda. 

20 tempat menarik di Sydney
Imej credit : yourbudgettrip.com

8. Blue Mountain

Blue Mountain adalah antara 20 tempat menarik di Sydney yang mesti anda lawati. Pengunjung dapat meneroka keindahan alam yang di pelihara dengan baik serta gunung-ganang yang cantik di Blue Mountain. Selain itu, pengunjung berpeluang menikmati view Three Sister di Echo Lookout Point dengan menaiki kereta kabel yang berlantaikan kaca untuk ke Scenic World. Wah menarik bukan tempat ini!

Imej credit : www.viator.com

9.Bondi Beach

Antara pantai yang amat terkenal di Sydney ialah Bondi Beach. Ia terletak 7 kilometer dari pusat bandar Sydney dan mempunyai persisiran sepanjang 1 kilometer. Pemandangan di sekitar pantai ini juga amat menarik  dan pelbagai aktiviti  dilakukan di sini. Bagi mereka yang meminati sukan air seperti surfing,  Bondi Beach menjanjikan kepuasan memandangkan ombak yang terbentuk di sini agak mencabar bagi kemahiran surfing.

Imej credit : lonelyplanet.com

10. Manly Beach

Manly Beach merupakan destinasi yang menarik dan perlu di lawati. Untuk ke sini, pelawat perlu menaiki feri dari Circular Quay yang mengambil masa kira0kira 30 minit. Manly Beach mempunyai pantai yang amat menarik dan terdapat pelbagai aktiviti yang boleh di lakukan seperti ber snorkeling, berkayak, berbasikal dan melawati tempat-tempat tarikan pengunjung seperti Barrenjoey Lighthouse, Narrabeen Lakes dan lain-lain lagi.

20 tempat menarik di sydney
Imej credit : pinterest.com

11. Royal Botanic Garden

Pengunjung berpeluang untuk melihat tumbuh-tumbuhan unik yang terdapat di Australia apabila pergi ke Royal Botanic Garden. Taman seluas 30 hektar ini mempamerkan spesies tumbuhan yang sukar untuk di temui di tempat lain iaitu pokok Wollemi Pine ataupun digelar dengan nama the ‘Dinosaur Tree’. 

20 tempat menarik di sydney
Imej credit : beautifulglobal.com

12. The Rocks

Bagi yang menyukai sejarah, The Rocks merupakan pilihan yang tepat dan ia sebahagian daripada sejarah Sydney. Ia terletak 5 minit dari Circular Quay dan terletak di hadapan Opera House. Di sini terdapat banyak banyak bangunan dengan senibina Eropah yang lengkap dengan jalan raya berbatu-batu. Anda juga boleh meluangkan masa di Justice and Polce Museum di mana anda boleh menelesuri sejarah lampau Sydney semasa kedatangan penjajah British. Selain kaya dengan sejarah, di sini juga terdapat banyak butik eklusif dan galeri seni. 

20 tempat menarik di Sydney
Imej credit : rockswalkingtours.com.au

13. Luna Park

Taman tema ini  boleh anda kunjungi untuk berseronok selepas puas berjalan-jalan. Taman tema ini menyediakan permainan yang sesuai untuk anda seisi keluarga. Di antara permainan yang popular di sini adalah Tumble Bug, Joy Wheel, Wild Mouse, Rotor, Carousel, Mystery Manor, Hair Raiser, MIrror Maze, Dodgem, City dan pelbagai lagi permainan yang menarik dan adventure. Jangan lupa masukkan Luna Park ke dalam list destination anda  antara 20 tempat menarik di Sydney  ya!

20 tempat menarik di Sydney
Imej credit : www.yelp.com.au

14. Art Gallery Of New South Wales

Galeri seni ini terletak di sebelah Royal Botanic Garden. Di galeri seni ini mempamerkan karya seni kontemporari oleh beberapa european masters dan juga seniman-seniman dari Asia. Di sini juga terdapat koleksi seni orang asli terbesar di Australia. Masuk adalah percuma, namun anda perlu membayar untuk masuk ke pameran istimewa.

20 tempat menarik di Sydney
imej credit : www.yelp.com.au

15. Sydney The Gap Park

The Gap Park adalah tebing pasir yang boleh anda lawati untuk melihat pemandangan laut Sydney Harbour. Menurut sejarah, pada tahun 1857 berlaku satu kejadian menakjubkan di mana terdapat seorang pemuda yang terselamat setelah memegang tebing berbatu selama 36 jam. Untuk tahu sejarah di sebalik kejadian anda boleh berkunjung ke sini  sambil  menikmati pemandangan di tebing pasir yang menarik.

Imej credit : secretspors.blogspot.com

16. Sydney Aquarium

Sydney Aquarium yang terdapat di Darling Harbour. Pusat akuarium ini mempamerkan lebih daripada 12,000 haiwan akuatik daripada 650 spesies. Selain daripada hidupan laut yang dipamerkan di dalam akuarium , terdapat juga sungai yang dipenuhi dengan ikan, rumah platipus dan kod Murray. anda juga boleh meyaksikan penguin, ikan laut , jerung dan ikan pari apabila berkunjung ke sini.

20 tempat menarik di Sydney
Imej credit : myfastferry.com.au

17. Powerhouse Museum

Muzium Powerhouse ini juga dikenali sebagai  Museum of Applied Arts & Science  yang menempatkan koleki seni dan sains. Tempat ini sangat sesuai dijadikan antara 20 tempat menarik di Sydney lebih-lebih lagi jika membawa anak-anak kecil. Di sini pengunjung boleh mempelajari budaya , sejarah dan cara hidup orang Australia.

20tempat menarik di sydney
Imej credit : timeout.com

18. Darling Harbour

Darling Harbour adalah tempat yang paling sesuai untuk pengunjung bersantai, berehat, berjoging, berbasikal, dan berjalan-jalan mengambil angin sambil melihat pemandangan pelabuhan yang menenangkan perasaan. Jika datang pada waktu malam , pemandangannya adalah lebih memukau . Manakala pemandangan semasa matahari terbenam sangat indah tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Bagi seseorang yang suka mengumpul cenderamata dari kafe Hard Rock juga boleh berkunjung ke sini.

Imej credit : pixabay.com

19. Wild Life Sydney Zoo

Di Wild Life Sydney Zoo, anda akan berjumpa dengan 5 binatang ikonik Australia iaitu Koala, Kanggaru, Buaya, Wombat dan Platipus. Zoo ini dibahagikan kepada 6 zon iaitu :

  • Walking Walk Kangaroo 
  • Devils Den 
  • Tropika Kupu Kupu 
  • Gumtree Valley 
  • Wallaby Cliffs 
  • Nightfall 
20 tempat menarik di sydney
Imej credit : ceetiz.com

20. Surry Hills

Surry Hills merupakan tempat untuk anda bershopping dan bersantai menikmati kopi dan pastri di kafe-kafe yang banyak terdapat di sini. Di sini terdapat banyak butik yang menjual pakaian trend terkini dengan harga yang berpatutan. Dah penat jalan-jalan shopping bajuanda boleh berehat di kafe sambil menikmati kopi yang lazat. Surry Hills  sangat cantik dan menarik. Pastikan tempat ini termasuk  dalam bucketlist anda sebagai 20 tempat menarik di Sydney ya!

20 tempat menarik di sydney
Imej credit : sydney.com
nor zahira No Comments

20 Tempat Wajib Singgah di Perth

20 Tempat Wajib Singgah di Perth

Anda Merancang Percutian Anda Untuk ke Perth Semasa Cuti Sekolah? Pastikan 20 Tempat Wajib Singgah di Perth. Ini Merupakan Destinasi Wajib Anda di Sana.

1.Careersham Wildlife Park

Caveersham Wildlife Park merupakan antara 20 tempat wajib singgah di Perth. Taman ini mempunyai lebih daripada 2000 haiwan, burung dan reptilia. Koleksi ini menjadikan CWP adalah taman terbesar yang memiliki hidupan liar asli persendirian di Australia Barat. Taman ini adalah tarikan bertaraf dunia di samping mengekalkan  sentuhan santai Aussie. Di sini juga mempamerkan banyak haiwan asli Australia yang unik seperti kanggaru, wombat, koala, burung-burung , biri-biri dan banyak lagi.

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: firststopsingapore.com

2. Motor Museum

Muzium ini mempamerkan lebih daripada 200 jens kenderaan bermula dari era kenderaan yang di tarik kuda sehingga kenderaan pada masa kini. Antara koleksi yang terkenal termasuk 1974 Leyland Force 7 Coupe (satu daripada hanya sepuluh di dunia), 1012 model T Ford, Phantom 6 Rolls Royce dan Torana A9X, jenis kereta yang digunakan oleh Peter Brock untuk berlumba. Selain itu, terdapat juga kereta perlumbaan Red Bill RB10 2014 yang dimiliki oleh pemandu Formula One Perth, Daniel Ricciardo yang menjadi tarikan utama kepada para pengunjung.

Imej dikreditkan: whitemanpark.com.au

3.Rottnest Island

Rottnest island hanya memiliki populasi sekitar 100 orang sahaja. tetapi dianggarkan 500,000 orang pelancong datang berkunjung ke sini. Agak-agak kenapa orang ramai tertarik untuk ke sini ya? Sudah pasti kerana pemandangan sekitar pulau yang sangat indah persis sebuah lukisan.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah snorkeling di Little Salmnon Bay dan Parker point yang kaya dengan hidupan laut yang penuh warna-warni, bersiar-siar menikmati keindahan flora dan fauna, menaiki rumah api Wadjemup Lighthouse untuk melihat panorama indah di sekitar pulau .

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: karmagroup.com

4.Margaret River Chocolate Factory

Margaret River Chocolate Factory merupakan kilang coklat terbesar di Australia yang terletak di Swan Valley. Terdapat beratus jenis produk coklat yang dihasilkan di sini. Tambahan pula, apa yang istimewanya di sini adalah pengunjung dapat merasai keenakkan coklat yang dihasilkan secara percuma. Jangan lepaskan peluang anda ke sini. Jadikan Margaret River Chocolate Factory antara 20 tempat wajib singgah di Perth. Anda pasti tidak akan menyesal!

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: chiitravel.wordpress.com

5. Pinnacles

Perjalanan dari bandar Perth ke padang pasir Pinnacles mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kawasan ini terdapat banyak batuan besar yang unik sesuai untuk dijadikan lokasi pengambaran anda. Di sinilah terdapat pemandangan yang menakjubkan dengan formasi batu kapur yang membentuk ribuan tiang-tiang terpacak berwarna kuning di tengah-tengah padang pasir. Jom jadikan tempat ini 20 tempat wajib singgah di Perth apabila anda berkunjung ke ke bumi Australia.

Imej dikreditkan: westernaustralia.com

6.Yanchep National Park

Terdapat Wildflower Garden di Yanchep National Park dengan pelbagai jenis tumbuhan dan bunga. Selain itu, lebih menarik ada lebih daripada 600 buah gua, tasik-tasik, dan ruang berjalan kaki. Pengunjung juga boleh melihat koala yang comel sambil berjalan di atas laluan papan yang disediakan sepanjang 240 meter. Anda pasti terpesona dengan keindahan flora dan faunanya apabila berkunjung ke sini.

Imej dikreditkan: aussieperthtours.com.au

7. Lancelin

Apa yang menarik di Lancelin adalah meneroka padang pasir yang berwarna putih dengan langit Perth yang membiru. Di samping itu pengunjung boleh mencuba pengalaman baru melalui aktiviti sandboarding. Jangan risau jika tidak pandai bermain sandboarding kerana caranya sama seperti  bermain bermain snowboard. Anda dinasihatkan memakai sunblock dan pelindung mata apabila berkunjung ke sini!

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: hunterandbligh.com.au

8. Fremantle Prison

Menempatkan sekitar 15,000 kolesi yang menceritakan sejarah, pengalaman pekerja dan banduan-banduan yang pernah berada di Fremantle Prison. Ia adalah sebuah muzium yang lengkap bukan sahaja menyimpan barangan artifak , malahan juga transkrip temubual mereka yang terlibat dengan Fremantle Prison. lebih menarik lagi, pengunjung boleh mendengar rakaman suara banduan, staf dan ramai lagi di Battye Library Oral History Collection. 

20 tempat wajib singgah di Perth
Imej dikreditkan: fremantleprison.com.au

9. Mandurah Dolphin Cruise

Di Mandurah Dolphin Cruise pengunjung akan mendapat pengalaman berharga melalui pelayaran menaiki cruise dengan melihat ikan lumba-lumba secara realiti. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pemandangan dan persekitaran semula jadi yang sangat cantik di perairan Mandurah. Jadikan Mandurah Dolphin Cruise antara 20 tempat wajib singgah di Perth untuk melihat ikan lumba-lumba yang pasti menyeronokkan. Rugi jika anda tidak jadikan tempat ini  sebagai destinasi pilihan anda apabila berkunjung ke Perth. 

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: cn.tripadvisor.com

10. E-Shed

E-shed merupakan tempat untuk membeli cenderahati kerana harganya lebih murah berbanding tempat lain di Perth. Menempatkan kedai yang terkenal di dalamnya seperti Assin. Jika dahulu terdapat kedai Megabes yang turut sama terkenal tetapi Megabes kini telah berpindah ke Fremantle Market. Bagi Muslim jangan risau mengenai makanan halal kerana di E-Shed terdapat gerai yang menjual makanan halal yang semestinya sedap.

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: tripadvisor.com.my

11. Bell Tower

Bell tower merupakan salah satu tarikan yang unik yang mesti dilawati di Perth. Ia adalah instrumen muzik yang terbesar di dunia dengan ketinggian 82.5 meter. Di menara ini terdapat 12 buah loceng yang di datangkan dari sebuah gereja terkenal di London yang dikatakan telah wujud sejak abad ke -14 lagi. Anda boleh jadikan Bell tower sebagai antara 20 tempat wajib lawat di Perth untuk menyaksikan pemandangan 360 darjah sekitar Perth dan Swan River dari menara ini.

Imej dikreditkan: .goldendeluxe.com.my

12. Elizabeth Quay

Anda pasti terpesona dengan keindahan Elizabeth Quay apabila berkunjung ke Perth.  Ini adalah antara lokasi 20 tempat wajib singgah di bumi Perth Australia. Terdapat banyak tarikan yang ada di sini seperti taman permainan, BHP Biliton Water Park, gerai-gerai makan dan banyak lagi. Manakala antara aktiviti yang menarik di sini adalah menaiki Segway, feri dan gondala yang di sediakan ataupun berjalan-jalan di sekitar sungai. Anda juga boleh berjalan- jalan di jambatan  yang terkenal dengan latar belakang yang sangat cantik untuk bergambar terutamanya pada waktu malam.

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: 1zoom.me

13. Fremantle Market

 Fremantle Markets dibina pada tahun 1897, merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan yang terpenting di Fremantle. Pelbagai barangan dari barang-barang antik, hasil kayu, barangan kulit sehinggalah ke barangan basah terdapat di sini. Selain itu juga, terdapat pelbagai gerai yang menjual groceries, makanan dan cenderamata di sini. 

Imej dikreditkan: danarif.com

14.Midland Gate Shopping Centre 

Midland Gate Shopping Centre terletak hanya 15 km dari timur laut Perth. Ia adalah salah satu dari 3 buah pusat membeli-belah di Western Australia yang menempatkan tiga buah kedai serbaneka murah iaitu, Big W, Target, dan K Mart. Midland Gate Shopping Centre adalah lokasi yang sesuai bagi barangan yang berkos rendah atau mid-range jika ingin mengisi waktu lapang.

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: cmseng.com.au

15. Kings Park

Menikmati panorama yang memukau hati pengunjung di bandar Perth dan Swan River dari Kings Park. Taman ini digelar Raja Segala Taman kerana cukup lengkap dengan pelbagai tarikan yang menarik untuk bersiar-siar. Selain itu, ia juga merupakan taman di dalam kawasan bandar yang terbesar di dunia. Pengunjung boleh menaiki DNA Tower yang terletak di sini untuk menikmati pemandangan sekitarnya yang sangat mempesonakan. Kings Park turut kaya dengan flora dan fauna termasuklah sepohon pokok yang sudah berusia 750 tahun. 

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: australia.com

16. Avon Valley

Setibanya di Avon Valley, anda akan dapat melihat keindahan kawasan perkampungan yang sangat menenangkan jiwa lebih-lebih lagi pada musim bunga . Anda boleh menaiki belon udara panas, paragliding dan skydiving untuk melihat pemandangan di sekitar Avon Valley dari sudut yang berbeza. Tidak ketinggalan juga anda boleh melawat galeri-galeri seni,  kedai-kedai antik, muzium dan pelbagai tarikan bersejarah yang terdapat di sini.

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: avonvalleywa.com.au

17. Penguin Island

Anda akan menaiki feri untuk ke Penguin Island, sambil melihat ikan lumba-lumba dan singa laut yang berkeliaran di sekitar perairan.  Di Penguin Island, anda berpeluang mendekati penguin-penguin yang tercomel dan terkecil di dunia. Selain itu, pelbagai aktiviti seperti snorkeling, berenang, berjalan -jalan sambil menikmati pemandangan flora dan fauna di sekitar pulau yang cukup mendamaikan.

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: penguinisland.com.au

18. The Perth Mint

The Perth Mint adalah sebuah tempat penghasilan syiling yang di buka pada tahun 1899. Di sini anda boleh melihat demonstrasi proses pelaburan emas tradisional . Tambahan lagi, anda akan dapat melihat duit syiling yang terbesar dan paling bernilai di dunia. Sebelum pulang,  anda juga boleh menempa medallion yang bertulis dengan kata-kata yang di sukai dengan harga yang bermula dari AUD 17. Menarik bukan tempat ini. Ayuh berkunjung ke The Perth Mint sebagai 20 tempat wajib lawat di Perth. 

Imej dikreditkan: trekearth.com

19.Blue Boat House

Blue Boat House adalah binaan yang semakin popular di kalangan penduduk tempatan  dan juga pelancong luar negara. Lokasi rumah yang unik membuatkan tempat ini dikunjungi bagi mereka yang mahu memenuhkan koleksi gambar di Perth.

* Tips- Jangan datang ke sini di awal pagi kerana back light untuk bergambar. Cuba ke sana pada  12 tengahari ke atas kerana ketika ini cahaya matahari menyinari rumah bot. Pasti anda akan berpuas hati  dengan koleksi gambar anda.

20 tempat wajib singgah di perth
Imej dikreditkan: flickr.com

20. Hillarys Boat Harbour

Hillarys Boat Harbour  adalah antara 20 tempat wajib singgah di Perth. ia adalah lokasi pilihan ramai orang untuk membuat pelbagai aktiviti bersama keluarga. Di sinilah juga terletaknya AQWA ataupun The Aquarium of Western Australia yang menempatkan pelbagai hidupan laut yang terdapat di lautan Western Australia. Antara tarikan lain yang terdapat di Hillarys Boat Harbour  adalah penerbangan helicopter,  menaiki kapal layar atau bot, memancing, bermain gelongsor air, menyelam skuba dan banyak lagi. Anda pasti akan seronok apabila ke sini!

Imej dikreditkan: The West Australian
nor zahira No Comments

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung

Anda Merancang Percutian Anda Untuk ke Bandung Semasa Cuti Sekolah? Pastikan 20 Tempat Mesti Lawat di Bandung Ini Merupakan Destinasi Wajib Anda di Sana.

1.Kawah Putih

Kawah putih adalah antara  bucketlist  yang mesti diterokai oleh pengunjung. Walaupun terletak agak jauh dari pusat Bandar, kawasan ini tetap menjadi pilihan wajib pelancong apabila berkunjung ke Bandung kerana keindahannya yang unik dan memukau. Ramai  juga yang sanggup datang untuk mengambil gambar perkahwinan di sini. Kawasan ini terhasil daripada letusan gunung berapi yang membentuk danau yang bertanah putih dan berair putih kehijauan. Di tebing danau pula kelihatan belerang kekuningan serta pohon bakau yang tumbuh dan menjadi penyeri kepada pemandangan. Untuk mengelakkan daripada bau belerang yang kuat, setiap pengunjung perlu mematuhi had masa untuk berada di sini. 

Imej dikreditkan: surabaya.tribunnews.com

2.Floating Market

Floating market di Bandung berbeza dengan ‘floating market’ di Thailand atau Vietnam. Ini menjadikan floating market ini antara 20 tempat mesti lawat di bandung. Di sini, mereka menyediakan bot kecil atau sampan untuk pengunjung ke kedai yang terletak di tebing tasik ini. Floating market ini juga menjual aneka hidangan Indonesia seperti sate arnab, bakso, dan siew mai yang menjadi pilihan untuk mengisi perut. Pelbagai cenderahati batik dan ole-ole Bandung turut di jual disini. Jangan lupa untuk menukar tiket dengan minuman panas apabila berkunjung ke floating market ini.

20 tempat mesti lawat di Bandung
Imej dikreditkan: www.idtempatwisata.com

3.Farmhouse Susu Lembang

Satu lagi tempat yang menarik di Bandung yang wajib dikunjungi adalah Farmhouse yang bercirikan Eropah sangat cantik untuk dijadikan tempat mengambil gambar. Tempat ini sesuai dikunjungi seisi keluarga kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh setiap peringkat umur. Antara aktiviti di sini adalah bermesra dengan haiwan ternak ladang di Petting Zoo dan bergambar di Love Locks. Turut terkenal di sini juga adalah Hobitton, iaitu rumah hobbit mini yang dibina daripada inspirari filem Hobbit/ Lord Of The Ring seperti di New Zealand. Keindahan landskap dan suhu yang nyaman menjadikan tempat ini sebagai 20 tempat mesti lawat di Bandung seolah-olah anda berada di Eropah.

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: rebanas.com

4.Glamping Rancabali

Antara tarikan utama Glamping Rancabali adalah sebuah kapal yang ‘terdampar’ di tengah-tengah perbukitan yang bernama Pinisi Resto . Ia merupakan sebuah tempat makan yang berkonsepkan kapal tradisional Pinisi yang terletak di dataran tinggi. Udaranya yang nyaman dikelililngi oleh danau dan ladang teh yang menghijau akan membuatkan jiwa terasa lapang dan tenang. Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan seperti memancing, berbasikal, menaiki rakit di tasik, memetik teh dan strawberi atau menikmati saat bahagia bersama keluarga dan kawan-kawan.

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: toutiaoid.jiajiahebao.com

5. De Ranch Lembang

Kawasan bertemakan ‘cowboy’ merupakan antara tarikan di kawasan Lembang. di sini, pengunjung berpeluang untuk mengenakan pakaian bertema ‘cowboy’ dan menunggang kuda sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Pengunjung juga dapat didedahkan dengan cara penjagaan kuda dan lembu serta berpeluang memerah susu lembu sendiri. selain itu, tempat ini juga menawarkan aktiviti outdoor yang lain seperti memancing , flying fox dan memanah.

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: www.foap.com

6.Dusun Bambu Family Leisure Park

Istimewanya di sini bila sampai , anda sudah dijemput dengan kenderaan berhias untuk dibawa ke puncak dusun bambu. Di situ terdapat lokasi gazebo terkenal yang berbentuk sarang burung terletak. kanak-kanak juga boleh meluangkan masa dengan ke aman permainan ‘ The Labyrinth’ serta taman arnab yang comel dengan harga yang sangat berpatutan. Terdapat pelbagai restoran untuk anda menjamu selera disini sambil menikmati pemandangan yang indah.

20 tempat mesti lawat di Bandung
Imej dikreditkan: dewiantasari.blogspot.com

7.Cidiwey Valley Hotspring

Nikmati percutian anda di 20 tempat mesti lawat di Bandung  dengan air panas semulajadi di Cidiwey Valley Hotspring. Kawasan ini pasti menarik minat pelbagai peringkat umur kerana gelongsor airnya yang pelbagai sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa di samping pemandangan yang mendamaikan. Pengunjung boleh menginap di cottage yang disediakan atau berkhemah di kawasan terbuka. Taman tema air ini juga mempunyai taman burung yang luas serta restoran untuk menjamu selera selepas penat bermain.

20 tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: liburanesia.com

8. Ranca Upas

Ranca Upas terkenal antara 20 tempat mesti lawat di Bandung kerana cukup kaya dengan pelbagai flora dan fauna dengan keluasan 215 hektar serta berketinggian 1700 meter dari aras laut. Persekitaran yang sejuk membuatkan pengunjung berasa seperti berada di dalam bilik berpenghawa dingin dengan suhu sekitar 17 ke 20 darjah celsius. Di samping itu, pengunjung juga berpeluang mendekati dan memberi makan kepada rusa yang berkeliaran di kawsan sekitar. Selain itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berkayak, berendam di dalam kolam air panas dan lain-lain aktiviti yang pasti menyeronokkan anda.

20 tempat mesti lawat di Bandung
Imej dikreditkan: www.picsunday.com

9.Dago Dreampark

Dago Dreampark mula dikenali dengan tarikan utamanya ‘karpet aladin’. Kebanyakkan pengunjung datang ke sini untuk bergambar di Karpet Aladin ini. Karpet ini yang juga dipanggil love seat menarik kerana keadaannya yang tergantung diudara. Lokasinya di tanah tinggi dengan pemandangan yang cantik menjadikan tempat ini sebagai 20 tempat mesti lawat di Bandung.

Imej dikreditkan: mat-drat.blogspot.com

10. Kopi Luwak Cikole

Bagi peminat kopi, anda boleh mencuba kopi eksotik ini. Di gelar sebagai kopi musang (luwak), biji kopi ini terhasil daripada biji kopi yang dimakan oleh musang dan dikeluarkan semula melalui najis yang kemudiannya dibersihkan. Sejak kurun ke 19, kopi ini semakin mendapat sambutan dan menjadi salah satu kopi termahal di dunia. Kopi luwak ini telah mendapat sijil halal dan mengikut proses pembersihan  yang teliti dan diiktiraf. Di sini juga, mereka akan menunjukkan proses pembuatan kopi luwak secara lebih terperinci.

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: mat-drat.blogspot.com

11.Tangkuban Perahu

Tangkuban perahu merupakan salah satu lokasi kawasan gunung berapi aktif yang terkenal di Indonesia. Tidak seperti gunung berapi yang lain, kawasan ini berbentuk panjang seperti perahu terbalik. Kawasan ini juga berada di dataran tinggi serta dikelilingi oleh kebun teh. Gunung berapi ini juga menghasilkan belerang dan air panas mengalir di kaki bukitnya.

*Tips- jangan lupa untuk membawa topeng muka untuk menghalang daripada terbau belerang yang kuat.

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: www.pegipegi.com

12. Trans Studio Bandung

Sebuah taman tema yang terbesar di Indonesia, fasiliti danpermainan yang  disediakan di dalamnya juga bertaraf dunia. Permainan-permainan yang ditawarkan di sini terbahagi kepada 3 zon berbeza iaitu Zon Studio Central, Zon The Lost City dan Zon Magic Corner, yang mempunyai tarikan tersendiri. Trans studio ini juga memiliki pusat membeli-belahnya tersendiri iaitu Trans  Studio Mall Bandung dengan lebih daripada 200 outlet yang terkenal dan lebih daripada 100 gerai makanan.

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: meloaku.com/

13. Paris Van Java

Mall ini menyediakan pelbagai pilihan kedai berjenama dari serata dunia serta kafe  dan restoran yang bertaraf antarabangsa. Dengan rekabentuk bercirikan ala Paris, pusat membeli belah berkonsep semi outdoor ini dikatakan antara yang termoden di Bandung. Tambahan lagi, terdapat juga pawagam, tempat meluncur ais, taman permainan, gym, dan kedai buku disini. Jangan lupa singgah di Paris Van Java sebagai 20 tempat mesti lawat di Bandung.

20 tempat mesti lawat di Bandung
Imej dikreditkan: dolanyok.com

14. Jalan Asia Afrika

Melalui Jalan Asia Afrika pengunjung dapat menelesuri sejarah di Bandung melalui jalan ini. Dikelilingi dengan bangunan bersejarah seperti Muzium Asia Afrika. Jika bertuah kadangkala ada yang membuat persemnbahan di tepi jalan. Manakala setiap malam Sabtu, kawasan ini akan di tutup daripada dimasuki kenderaan dan anda dapat berjalan-jalan sambil menikmati kopi di kafe sekitar Jalan Braga yang terkenal dengan jolokan sebagai Art Street.

20 tempat mesti lawat di Bandung
Imej dikreditkan: adantour.com

15. Kampung Korea

Kampung Korea yang terletak di Bandung dibangunkan dengan konsep mini Seoul kerana bangunan yanag dibuat sama seperti rumah hanok (rumah tradisi Korea). Tidak hanya bangunan yang sama seoerti rumah tradisi Korea, lebih menarik lagi petunjuk arah juga menunjukkan nama-nama jalan di Seoul, ibu kota beserta dengan tulisan Hangul. Kampung ini turut lengkap menjual produk-produk dari Korea dan juga terdapat restoran dengan tema Korea yang menawarkan hidangan asli ala Korea.

20 tempat mesti lawat di Bandung
Imej dikreditkan: dibandung.net

16. Amazing Art World

Menempatkan muzium 3D yang terbesar di Indonesia dengan keluasan 15,500 meter persegi. Amazing Art World menandingi saiz muzium 3D lain yang wujud di Indonesia. Muzium ini terbahagi kepada 8 zon berbeza iaiyu Aqua, Animal, Media, Dinosaurus, Love, Winter, History dan Artistic. Antara yang menarik di sini adalah anda boleh bergambar seperti dipegang oleh Kingkong, cukup realistik! Jadikan tempat ini sebagai 20 tempat mesti lawat di Bandung ya.

*Tips – Jangan lupa untuk membawa kamera dengan bateri yang penuh, lagi selamat, bawa power bank sekali!

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: www.okedisini.com

17.Air Panas Ciater

Terletak di kaki Gunung Tangkuban Perahu, berendam di Air Panas Ciater patut menjadi antara aktiviti penting yang anda lakukan semasa bercuti di Bandung. Udara yang sejuk dan segar dari kawasan pergunungan, dilengkapi dengan pemandangan yang menyegarkan dari gunung dan ladang teh, dan berendam pula di dalam air panas pasti mengasyikkan anda. Bukan itu sahaja, kandungan air panas ini juga dikatakan sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Bertambahlah kukuh alasan untuk anda ke sini.

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: www.jejakpiknik.com

18. Pasar Baru

Pasar Baru terkenal dalam kalangan pelancong Malaysia dan telah wujud sejak tahun 1884 lagi. Kenapa terkenal sangat pasal ini ya? Pernah anda dengar sesiapa yang ingin datang membeli-belah di Bandung sebab kain-kainnya yang murah? Di sini lokasinya. Harganya cukup murah mengalahkan harga-harga pakaian yang anda anda temui di Malaysia. Pasar ini sangat luas dengan 8 tingkat kesemuanya.

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan: :bandung.jacktour.com

19.Kota Mini Lembang

Reka bentuk bangunannya dan cuaca di Lembang yang agak dingin membuatkan anda sekeluarga  terasa seperti berada di Eropah. Kota ini lengkap dengan pelbagai jenis infrastruktur yang indah dan aktiviti yang menarik. Setiap rumah ini memiliki fungsi yang berbeza bukan sekadar hiasan yang menarik dan unik bahkan juga menempatkan kelas memasak, kafe, rumah teddy bear dan banyak lagi

20 tempat mesti lawat di Bandung
Imej dikreditkan : tempatwisatadibandung.info

20.Rainbow Garden Lembang

Tarikan utama yang dapat pengunjung nikmati sekiranya menjejakkan kaki ke Rainbow Garden Lembang adalah taman bunganya yang indah persisi taman di negara Jepun, penuh dengan warna-warni dan bunga-bungaan mekar yang disusun mengikut warna pelangi. Terdapat juga gerai-gerai makanan di sini yang pasti membuatkan anda sentiasa kekenyangan . Antara sajian yang ada adalah seperti sate, soto Bandung, pizza dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang anda dengan berkunjung ke Rainbow Garden Lembang sebagai 20 tempat mesti lawat di Bandung.

20 Tempat Mesti Lawat di Bandung
Imej dikreditkan:infojalanjalan.com